Laman Utama
 Mengorganisasi


Penterjemahan:

Arabic
Bahasa Indonesia
Bulgarian
Chinese
English
Español
Filipino
Francais
Greek
Hindi
Polski
Português
Romãnã
Thai
Urdu

Format lain:

Teks
Power Point

Laman Lain:

Modul

Peta Laman

Kata Penting

Hubungi

Dokumen Kegunaan

Tautan Berguna

Latihan Tindakan

Latihan yang Menghasilkan Tindakan dan Pemindahan Kemahiran

oleh Phil Bartle, PhD

diterjemah oleh Yoon Sook Jhee


Nota Latihan

Di sini, ahli komuniti belajar dengan mengambil tindakan, dan tindakan -tindakan ini termasuklah pemilihan, perancangan dan pengorganisasian yang diperlukan untuk penglibatan projek kendiri komuniti yang bertujuan untuk meningkatkan pergantungan kendiri.

Tindakan yang akan diambil oleh komuniti ialah:
  • membentuk jawatankuasa eksekutif;
  • menilai keadaan komuniti;
  • menyediakan pelan tindakan;
  • memperoleh sumber yang diperlukan;
  • memastikan pemantauan ke atas semua aktiviti komuniti, dan
  • mengorganisasi tindakan dengan berkesan.

Tindakan mahupun latihan tidak semestinya menguatkan sesuatu komuniti.

Tugas anda ialah mengintegrasikan tindakan komuniti dengan latihan dan bimbingan daripada ahli komuniti yang lain.

Semasa membimbing mereka, tunjukkan bahawa ini merupakan satu peluang yang baik untuk belajar.

Menyediakan pelan tindakan mungkin dilihat sebagai kesusahan, namun anda haruslah bersemangat dalam menunjukkan kepentingan dan kegunaan pelan tersebut kepada mereka.

Komuniti menjadi lebih teguh apabila ahlinya belajar dengan mengambil tindakan dan apabila anda membimbing pembelajaran kendiri mereka.

Lihat: Latihan Sebagai Mobilisasi.

––»«––

Latihan untuk Pengurusan Komuniti


Perancangan Projek oleh Eksekutif CBO

Jika anda menyalin dari laman ini, sila nyatakan nama penulis
dan sertakan tautan ke www.scn.org/cmp/

Dikemaskini: 2008.09.25

 Laman utama

 Mengorganisasi