|
..........
|
.
..
.....
|
Kebolehan, kuasa
atau kekuatan sesebuah komuniti atau
organisasi. Apabila berdaya, ia akan menjadi
lebih kukuh.
|
..
|
(Deutsch:
empowerment,
die
stärkung, leistungsfähigkeit,
English:
capacity, power,
strength, Español:
capacidad,
potenciación,
Filipino/Tagalog: kakayahan,
pagpapalakas,
Français:
capacité,
empowerment,
हिन्दी (Hindi): क्षमता,
Italiano:
empowerment,
Kiswahili:
uwezo,
Malay:
kapasiti, Português:
capacidade,
fortalecendo,
Romãnã: capacitate,
Pyccкий:
paзвития,
Somali: awooda)
|
.
| Kebergantungan
(Sindrom): |
..
| Sindrom
kebergantungan ialah perlakuan dan kepercayaan bahawa sesuatu kumpulan
tidak berupaya menyelesaikan masalah mereka tanpa bantuan luar. |
. |
Kelemahan in
menjadi lebih teruk dengan adanya dermaan atau bantuan. Lihat: Sindrom
Kebergantungan. |
.
|
(Bahasa
Indonesia: dependensi,
Deutsch: Abhängigkeit,
English: dependency
syndrome, Español: síndrome
de dependencia, Filipino/Tagalog: pagtatangkilik,
Français: syndrome
de dépendance, Galego: dependencia,
Ελληνικά:
Εξάρτησης,
Malay:
kebergantungan,
Nederlands:
afhankelijkheid,
Português:
dependencia,
Romãnã: dependenta,
Somali: ku tiirsanaanta, ردو
(Urdu): محتاجی
کی لت)
|
.
..
| Emosi
yang berkemungkinan besar paling bahaya dalam tugasan kita ialah kemarahan
––
bagaimana kita berhadapan dengannya. Sebagai seorang manusia, kita punyai
emosi, dan kemarahan adalah salah satu daripada emosi-emosi itu. Tidak
salah untuk berasa marah; ianya sebahagian daripada manusia. Kita tidak
patut rasa bersalah atau malu apabila kita berasa marah. Kemarahan itu
emosi manusia yang normal. Kita patut redha apabila merasainya. |
... |
Namun, bagaimana
kita bertindak semasa kita berasa marah mampu mempengaruhi tugasan kita,
sama ada semasa memobilisasi komuniti, mengatur sukarelawan atau mengurus
pekerja. Sebagai contoh, apabila seorang klien, sukarelawan, pekerja atau
ahli komuniti melakukan kesilapan, terutamanya yang mempengaruhi matlamat
kita, kita akan berasa ingin menunjukkan kemarahan, walhal pada masa itu
kita sepatutnya tenteram dan tenang. |
..
| Apabila
kita melihat seseorang melakukan kesilapan yang mempengaruhi hasil yang
kita ingini, kita patut sedar bahawa ianya membuat kita berasa marah dan
menjadi tanggungjawab kita untuk berhadapan dengan kemarahan itu. Tindakan
pantas yang terbaik ialah dengan pergi berjalan. Jika kita tidak punya
masa yang cukup, kita perlu sekurang-kurangnya pergi ke bilik lain tanpa
menunjukkan kemarahan kita. Biarkan kemarahan itu mati di situ, di luar
pandangan mereka yang mencetuskannya. |
. |
Kemudian, apabila
kemarahan kita sudah terkawal, barulah kita berhadapan dengan perkara atau
peristiwa yang mencetuskannya. Jika kesilapan itu dilakukan oleh klien,
sukarelawan, pekerja ataupun ahli komuniti, kita boleh mengambil tindakan
sebagaimana yang diterangkan dalam kata kunci, Kesilapan.
Tindakan kita hanya akan berkesan jika dilakukan semasa kita berasa tenteram,
tenang dan damai. |
.
.
....
...
| Kemiskinan
tidak terhad kepada kekurangan dari segi kewangan dan pendapatan serta
kemudahan dan perkhidmatan seperti air, jalanraya, pendidikan dan klinik.
Ia adalah hasil daripada “kemiskinan semangat” iaitu sikap berputus
asa, tidak tahu-menahu tentang sumber yang ada, bergantung pada orang lain,
kurang keyakinan, hilang semangat, kurang kemahiran, kurang kejujuran dan
kurang organisasi yang bertahan dan berkesan. Secara ringkasnya,
kurang pengurusan yang baik. Lihat Faktor-faktor
Kemiskinan. |
. |
Kemiskinan
ialah masalah sosial, dan perlu penyelesaian sosial. Kemiskinan bukanlah
hanya kurang dari segi pendapatan daripada kelompok individu. Kemiskinan
boleh dikurangkan dengan mengatur dan memimpin orang miskin ke arah membantu
diri mereka sendiri dan menjadi semakin kuat (pemberdayaan)
hasil daripada perit jerih dan menghadapi cabaran. Oleh itu, penghapusan
kemiskinan memerlukan peningkatan berterusan dalam pengurusan. |
.
..
...
| Keraian
ialah suatu acara kegembiraan untuk mengiktiraf seseorang atau sesuatu
perkara di mana ia biasanya mengubah status yang diiktiraf. Keraian adalah
majlis awam. |
. |
Untuk seorang
pemobilisasi, meraikan penyelesaian sesebuah projek komuniti adalah suatu
unsur yang penting dalam pemberdayaan komuniti, di mana komuniti diiktiraf
di hadapan umum kerana berjaya membantu mereka sendiri. |
.
| Ketergantungan
(Sindrom): |
..
| Sindrom
ketergantungan ialah sikap dan kepercayaan bahawa sesuatu kumpulan tidak
akan dapat menyelesaikan masalahnya sendiri tanpa bantuan luaran. |
. |
Kelemahan ini
boleh jadi lebih teruk dengan bantuan amal. Lihat: Sindrom
Ketergantungan. |
.
|
(Deutsch:
Abhängigkeit
(Syndrom), English:
dependency,
Español:
síndrome
de dependencia, Filipino/Tagalog: pagtangkilik,
Français:
syndrome
de dépendance, Ελληνικά: Εξάρτησης,
Malay:
ketergantungan, Português:
síndrome
de dependência, Romãnã: dependenta,
Somali:
ku
tiirsanaanta, ردو (Urdu): محتاجی
کی لت)
|
.
..
| Salah
satu daripada lima faktor utama kemiskinan
ialah ketidaktahuan. Bagi
kebanyakan orang tidak tahu adalah satu penghinaan. Bagaimanapun, apa yang
kami maksudkan ialah ada orang tidak tahu beberapa perkara dan ianya bukanlah
sesuatu yang memalukan. |
. |
Ketidaktahuan
dan kebebalan adalah perkara yang berbeza. Orang dewasa boleh belajar.
Oleh itu, janganlah memperlakukan mereka bagaikan kanak-kanak kerana itu
akan membantutkan pembelajaran mereka. |
..
|
Ketidaktahuan
bermaksud tidak tahu sesuatu, kebebalan bermaksud tidak mampu untuk mempelajari
sesuatu dan kebodohan bermaksud melakukan atau tidak melakukan sesuatu
walaupun mengetahui. Ketidaktahuan, kebebalan dan kebodohan adalah perkara
yang berlainan.
|
.
.
...
| Kurang
sikap jujur dan amanah. |
.
|
Ketidakjujuran
ialah satu daripada lima faktor utama kemiskinan.
|
....
| Datang
dengan pelbagai label termasuk rasuah, penipuan, ugutan dan pencurian.
Ia terjadi apabila kekayaan yang ditujukan untuk pembangunan masyarakat
diagihkan kepada individu yang mengkhianati tanggungjawab sebagai pembantu
masyarakat yang telah diamanahkan kepadanya. |
. |
Kurangnya kepercayaan
boleh menyumbang kepada apati dan kemiskinan. Oleh sebab itu, anda
sebagai pemobilisasi dan pengatur organisasi komuniti mestilah menganjurkan
ketelusan, kejujuran dan keamanahan dalam kumpulan yang anda pimpini. |
.
|
(Deutsch:
korruption,
unehrlichkeit,
English: corruption,
dishonesty,
Español:
falta de
honradez, Filipino/Tagalog: di-matapat,
Français: malhonnêteté,
Kiswahili:
rushwa,
Malay:
ketidakjujuran, Português:
desonestidade,
Romãnã: necinste,
Somali:
daacaddarro)
|
.
..
| Istilah
"komuniti" ada digunakan dalam pelbagai konteks. |
. |
Pada ahli biologi,
komuniti ialah beberapa individual sama atau berlainan spesies yang hidup
bersaing dan bekerjasama dalam membentuk suatu kelompok yang lebih besar. |
..
| Sejak
kemunculan internet dan teknologi maklumat, pelbagai kumpulan manusia yang
kebanyakannya berkongsi minat mula berkembang dari segenap pelusuk dunia.
Mereka berkomunikasi melalui internet. |
. |
Fokus siri
latihan di laman ini ialah berkenaan komuniti yang lebih ortodoks iaitu
komuniti manusia yang mana selalunya terdapat batas-batas geografi (kecuali
komuniti nomad atau pengembara) dan berkait. Sebagai contoh, komuniti yang
meliputi jiran sekeliling dalam kawasan bandar besar hinggalah ke kawasan
kampung yang terpencil. Lihat Habitat. |
..
| Sebuah
komuniti bukanlah hanya kelompok individu manusia. Ia juga merangkumi kelompok
organisma yang dipunyai oleh dan menjadi sebahagian daripada budaya,
yang terbentuk daripada interaksi antara manusia serta kesemua yang dipelajarinya.
Enam dimensinya termasuk: teknologi, ekonomi, politik, corak sosial (interaktif),
nilai dan kepercayaan yang dikongsi (ideologi) dan konsep. Ia diwarisi
melalui pembelajaran, bukan keturunan. |
. |
Sebagaimana
sebatang pokok atau hidupan lain yang melalui atom-atom yang membentuknya,
manusia juga melalui kematian, kelahiran atau migrasi, terus hidup dan
membesar. Ianya tidak pernah homogen, sebaliknya mempunyai banyak golongan,
perpecahan, persaingan dan konflik di dalamnya. Komuniti ialah kelompok
yang lebih besar daripada jumlah bahagian-bahagian itu. Lihat "Apa
itu Komuniti." |
...
.
| (Deutsch:
gemeinde,
English:
community,
Español:
comunidad,
Filipino/Tagalog:
komunidad,
Français:
communauté,
Kiswahili:
jamii,
Malay: komuniti, Português:
comunidade,
Pyccкий: Cooобщество,
Romãnã: comunitate,
Somali: bulsho) |
...
...
| Salah
satu daripada perihal kebijaksanaan yang patut dipelajari ialah apabila
melihat sesuatu kesilapan, mengkritik biasanya tidak akan membuatnya jadi
benar atau membetulkannya. Sebaliknya ia selalunya akan membuatkan sesuatu
masalah menjadi lebih teruk. |
. |
Mengapa? Kerana
manusia berasa terancam dan tertekan jika seseorang mengkritik mereka.
Kritikan merendahkan keyakinan dan harga diri kita/mereka. Kita menjadi
defensif apabila dikritik dan lebih cenderung untuk menegakkan benang basah
daripada membetulkan kesilapan itu. |
...
| Apabila
kita memobilisasi komuniti, mengatur sukarelawan atau mengurus pekerja,
kita mesti sedar bahawa mereka mungkin akan membuat kesilapan dan bersedia
untuk mengendalikan kesilapan bagi mencapai matlamat kita. |
. |
Menunjukkan
kemarahan, mengkritik orang yang melakukan kesilapan mungkin boleh dapat
"melepaskan kemarahan" dan membuat kita berasa lega tetapi selepas itu,
kita akan menerima akibatnya. Lihat kata kunci: Kesilapan,
Kemarahan,dan
Sandwic,
dan carilah cara-cara untuk membetulkan kesilaan tanpa kritikan yang negatif. |
...
.
.
..
....
....
|
(العربيّة
(Arabic): , Deutsch: , English: , Español: , Filipino/Tagalog: , Français:
, Ελληνικά: , हिन्दी (Hindi): , Kiswahili: , Malay:
, Português: , Romãnã: , Pyccкий: , Somali: , ردو (Urdu): )
|
.. .
oleh Phil
Bartle
diterjemahkan oleh Ezlyna
Shamsuddin, Yoon Sook Jhee
|
––»«––
|