| ......... |
..
..
| Banyak
orang menyangka bahawa pembangunan bermaksud perkembangan secara kuantitatif,
sebaliknya ia adalah ciri utama perubahan secara kualitatif. |
.
|
Untuk membangun
ialah untuk membesar dan membesar bermaksud menjadi semakin besar. Ia juga
bermaksud menjadi semakin kompleks dan kuat. |
....
| Apabila
sesebuah komuniti itu membangun, ia jadi semakin
kuat dan semakin kompleks. |
.
|
Ia
melalui perubahan sosial. |
....
| Lihat
"Budaya." Seorang pakar ekonomi mungkin
melihat pembangunan sebagai peningkatan dari segi kekayaan dan pendapatan
(mutlak atau per kapita). Manakala seorang jurutera mungkin melihat pembangunan
sebagai peningkatan dari segi kawalan atas tenaga, atau peralatan yang
lebih canggih dan berdaya. |
. |
Bagaimanapun,
sebagai pemobilisasi, itu hanyalah dua daripada enam dimensi budaya komuniti
yang akan berubah. Pembangunan bermakna perubahan sosial dalam enam dimensi
budaya: teknologi (teknikal), ekonomi, politik, interaktif (institusional),
ideologi (nilai) dan pandangan dunia (konseptual). |
.
.
...
...
...
| Perbezaan
antara pembangunan kapasiti dan pembinaan kapasiti terletak pada konsep
di mana daya perkembangan itu berasal. |
.
|
Istilah "pembinaan
kapasiti" menyatakan secara tidak langsung bahawa beberapa agensi di luar
komuniti atau organisasi ada membekalkan daya bagi meningkatkan kapasiti
komuniti itu. |
....
| Ia
diterangkan oleh konsep "kejuruteraan
sosial." |
.
|
Istilah "pembangunan
kapasiti," sebaliknya membayangkan bahawa daya untuk perkembangan komuniti
itu datang dari dalam komuniti atau organisasi itu sendiri. |
....
.
|
(Deutsch:
leistungsaufbau;
leistungsentwicklung,
English: capacity
development, Español: desarrollo
de la capacidad, Filipino/Tagalog; paglilinang
ng kakayahan, Français: renforcement
des capacités, développement
des capacités, bâtiment
de capacité, développement
de capacité, fortifier
de la communauté, हिन्दी (Hindi): षमता विकास,
अधिकारिकरण,
Kiswahili:
kujengea
uwezo, Malay: pembangunan komuniti,
Português:
desenvolvimento
de capacidade, Romãnã: dezvoltarea
capacitatii, Somali: awoodsiinta)
|
...
...
|
Meningkatkan kapasiti
sesebuah komuniti bermaksud meningkatkan kemampuan komuniti itu untuk melakukan
sesuatu dengan sendirinya.
|
.
|
Ia bukan hanya
terhad kepada menambahkan perkhidmatan atau kemudahan awam seperti jalanraya,
sistem pembersihan, bekalan air, peluang pendidikan dan penjagaan kesihatan.
|
.
| Ia
bermaksud meningkatkan kemampuan dan kekuatan. Ia juga bermaksud lebih
kemahiran, lebih keyakinan diri dan organisasi yang lebih berkesan. Ia
tidak boleh datang daripada sumbangan amal atau derma dari sumber luar.
Ia boleh difasilitasikan melalui tindakan seperti projek komuniti, tetapi
hanya apabila semua ahli komuniti mengambil bahagian sejak dari permulaan
projek, membuat keputusan untuk tindakan, mengenalpasti sumber yang tersembunyi
di dalam komuniti serta mengembangkan rasa kepemilikan dan tanggungjawab
bagi kemudahan awam dari mula hingga akhir. |
. |
Walaupun pengingkatan
ke arah demokrasi mungkin dibantu oleh Kerajaan dengan menyerahkan sedikit
kuasa untuk membuat undang-undang kepada komuniti, kapasiti untuk menggunakan
haknya membuat keputusan berdasarkan undang-undang bergantung kepada kapasiti
praktikal yang mereka ada. Sebagai contoh, kemampuan untuk membuat keputusan
tentang pembangunan sendiri dan menentukan masa hadapan. Kuasa, kekuatan,
kapasiti, kemampuan, pemberdayaan. |
.
.
.
| Pemobilisasi
ialah seseorang yang memobilisasi, iaitu menggerakkan sesuatu. Penganimasi
sosial. Pegawai pembangunan komuniti ataupun pembantu. |
. |
Pekerja komuniti.
Aktivis. Penganjur penyertaan komuniti. Lihat: Untuk
Jadi Pemobilisasi. |
...
|
(Deutsch:
mobilisieren,
activist,
English:
mobilizer,
activist,
animator,
Español:
activista, Filipino/Tagalog:
pakilusin,
Italiano: attivista,
Kiswahili: ramsisha.
Français: mobilisateur,
Malay: pemobilisasi, Português: ativista,
Romãnã: mobilizator)
|
|
|
..
..
.
|
(Deutch:
animator,
English:
animator,
mobilizer,
activist,
Español:
activista,
Filipino/Tagalog: Pagbibigay-Buhay,
Français: mobilisateur,
animateur,
Italiano:
animatore,
Kiswahili:
ramsisha.
Malay:
penganimasi,
Português:
animador,
Romãnã: animator)
|
.
.
| Pengawasan
adalah aktifitas umum yang meliputi observasi, pencatatan, penganalisaan
dan pelaporan dari suatu proyek atau aktifitas sejenis. (Lihat Pengawasan). |
.
..
|
Bagaimana anda
membesarkan cendawan? Anda "menyimpannya di dalam gelap dan memberinya
baja lembu."
|
.
| Ini
adalah slanga yang berlawanan maksudnya dengan ketelusan. |
. |
Biasanya rangkai
kata yang lebih kasar digunakan untuk najis lembu jantan, berbanding "baja
lembu". |
.
.
...
| Sebagai
pemobilisasi, kita bekerja ke arah menghapuskan masalah sosial kemiskinan
dengan cara menganalisa serta mengambil langkah untuk melawan dan menghapuskan
penyebabnya. Oleh kerana kemiskinan adalah masalah sosial, penyelesaiannya
adalah sosial. |
. |
Dua kaedah
yang melengkapi satu sama lain ke arah penghapusan kemiskinan (berkumpulan
dan persendirian) boleh didapati di dalam dua modul ini: Kitaran
Mobilisasi Komuniti, dan Skim Penghasilan
Pendapatan. |
.
..
...
| Istilah
"pengurangan" bermaksud menjadikan sesuatu itu kurang. Lihat Prinsip-prinsip
Pemberdayaan Komuniti. |
. |
Berbanding
dengan “peringanan” yang hanya merawat buat sementara waktu gejala
kemiskinan,
pengurangan dilihat sebagai jalan yang baik ke arah penghapusan. |
...
.
| Penilaian
atau Penaksiran Penglibatan: |
...
| Sebelum
sesuatu projek dirancang, penilaian ke atas situasi perlu dijalankan. PAR
or PRA |
. |
the
whole community must participate in observing and analysing, looking for
problems, potentials, resources and constraints. |
...
| Komuniti
dan ahlinya tidak semestinya terlibat dalam penilaiannya secara automatik.
Perintah, undang-undang, frasa rekabentuk projek atau penyata niat tidak
menjamin penglibatan seluruh komuniti. |
. |
Ahli komuniti
memerlukan sokongan, kemahiran, dorongan dan bimbingan untuk terlibat dalam
penilaian atau penaksiran. Keupayaan memberi mereka elemen-elemen inilah
yang terpenting dalam tugas seorang pekerja komuniti, penggerak atau fasilitator. |
...
|
Pemberian dorongan
dan latihan diberi pelbagai nama dengan akronim,
PRA atau PAR.
|
...
| (Bahasa
Indonesia: penaksiran
partisipator, Deutsch: particiatory
appraisal, English: participatory
appraisal, Español: evaluación participativa
rural, Filipino/Tagalog: pakikilahok
na pagtataya, Français: évaluation
rapide/rurale participatoire, Galego: avaliación
ou valoración participativa, Ελληνικά: Συμμετοχική
Εκτίμηση, Malay: penilaian
atau penaksiran penglibatan, Nederlands:
participerende
observatie of beoordeling, Português: avaliação
de participação, Romãnã: estimarea
sau evaluarea participativa, ردو (Urdu): مشترکہ
تجزیہہ) |
. .
| Penjagaan
Kesihatan Utama: |
...
| Konsep
penjagaan kesihatan utama (PHC) yang dipromosikan dan disokong oleh WHO,
adalah pakej polisi dan praktis berkaitan penduduk miskin dan rakyat dari
negara yang berpendapatan rendah. |
. |
Prinsip-prinsip
dalam pakej ini termasuk menitikberatkan bagaimana untuk berbelanja rendah
dalam penjagaan kesihatan untuk penyakit lazim yang menyerang majoriti
penduduk, di samping mengelakkan daripada menggunakan sumber yang terhad
untuk perbelanjaan tinggi dan rawatan canggih (contohnya teknologi tinggi)
yang hanya memanfaatkan mereka yang kaya. |
...
| Ia
juga mengiktiraf bahawa mencegah lebih murah daripada mengubati serta mengurangkan
kematian (kadar kematian) dan kesakitan (kadar kesakitan) yang membebankan
ekonomi, di samping lebih kemanusiaan. |
.. |
Konsep ini
mengandungi idea bahawa kebanyakan orang yang mampu sampai ke kawasan terpencil
boleh dilatih dengan kemahiran perubatan peringkat rendah dan mereka boleh
merujuk kepada profesional terlatih di kawasan bandar untuk kes-kes yang
lebih sukar. |
...
| Idea
PHC penting bagi pemobilisasi di negara miskin kerana ia perlu difahami
oleh semua orang. Ia merupakan cara yang lebih berkesan dalam memperuntukkan
sumber yang terhad. |
... |
Prinsip-prinsip
di sebalik PHC juga boleh digunakan dalam aktiviti-aktiviti berasaskan
komuniti seperti kerja sosial berasaskan komuniti. Lihat akronim PHC. |
...
..
...
|
Penyakit ialah
satu daripada lima faktor utama kemiskinan.
|
.
| Adalah
lebih murah, kemanusiaan serta lebih produktif bagi sesebuah masyarakat
atau komuniti untuk mencegah daripada mengubati. Menyalurkan sumber yang
terhad ke arah merawati penyakit lazim yang menyerang kebanyakan penduduk
juga lebih baik daripada menyalurkannya ke arah peralatan canggih dan kemahiran
untuk merawat segelintir orang kaya (punca WHO mempromosi dan menyokong
prinsip-prinsip utama penjagaan kesihatan). |
. |
Mengetahui
hal ini, anda sebagai pemobilisasi boleh mencabar minda komuniti yang telah
pun memikirkan secara ringan tentang pemilihan klinik. Anda mungkin boleh
mengajak mereka melihat logik mengutamakan pemilihan sistem perairan dan
pembersihan yang berkesan bagi mengelakkan penyakit yang berpunca dari
air. |
.
.
..
| Penyertaan
komuniti adalah lebih berbanding sumbangan tenaga atau keperluan. Ianya
bermaksud mengambil bahagian dalam membuat keputusan, memilih projek komuniti,
merancang, melaksanakan, mengurus, memantau serta mengawal. Ia berbeza
dengan sumbangan komuniti. |
. |
Animasi
Sosial menganjurkan aktiviti-aktiviti komuniti sasaran dengan tujuan
komuniti itu akan bertanggungjawab ke atas pembangunannya sendiri. Ia bermula
dengan membantu komuniti membuat keputusan tentang projek yang akan dilaksanakan,
mendorong memobilisasikan sumber dan mengatur aktiviti. |
.
|
Promosi penyertaan
komuniti bertujuan untuk memastikan bahawa keputusan yang akan mempengaruhi
komuniti diambil oleh semual (bukan hanya segelintir) ahli komuniti (bukan
agensi luar).
|
.
| Dalam
metodologi ini, sumbangan komuniti adalah digalakkan kerana ia membantu
komuniti itu menjadi lebih bertanggungjawab ke atas aktiviti yang mereka
labur dengan sumber mereka sendiri. Kami juga menggalakkan Kerajaan dan
penderma luar untuk berbincang tentang aktiviti-aktiviti mereka dengan
kesemua dalam komuniti. Ini kami namakan rundingan komuniti. |
. |
Penyertaan
komuniti di sini tidak sepatutnya digunakan sebagai sama dengan sumbangan
komuniti dan rundingan komuniti (sebagaimana disalahgunakan oleh kebanyakan
agensi bantuan); penyertaan di sini bermaksud menyertai dalam membuat keputusan,
mengawal dan mengatur. |
.
.
...
| Perencanaan
berarti memikirkan tentang dan memutuskan apa yang sebaiknya dilakukan
di masa depan. Sebuah rencana yang baik mempunyai rangkaian langkah penting
dari situasi terkini sampai keinginan terakhir. Lihat Rencana
Kerja. |
. |
Salah satu
metode yang efektif adalah "memikirkan jadwal kembali" darimana anda memulai
serta apa yang anda ingin raih sebagai tujuan akhir, dan carilah langkah
utama secepatnya, kemudian satu hal sebelumnya, dan lain-lainya sampai
anda berada pada situasi terkini. |
...
.
...
| Istilah
“peringanan,” bermakna mengurangkan kesakitan dan beban buat sementara
waktu. Memberi wang kepada orang miskin tidak akan menyelesaikan
kemiskinan. |
. |
Sebagai pemobilisasi
yang berdedikasi dalam melawan penyebab dan bukanlah gejala kemiskinan,
kami mengelakkan kaedah ini (hanya meringankan dengan memindahkan wang). |
...
.
| Pusat
Pemulihan Berasaskan Komuniti: |
...
| Pusat
pemulihan dalam konteks ini bermaksud pemulihan (atau habilitasi) jasmani
(biologikal), emosi dan mental bagi mereka yang kurang berkeupayaan dari
segi jasmani, emosi atau mental. |
. |
Apabila pusat
pemulihan adalah berasaskan komuniti, maka sebarang keputusan dan tanggungjawab
untuk memulihkan individu berkenaan terletak di dalam komuniti itu sendiri,
bukan di luarnya. |
,
.
.
.
.
..
....
....
|
(العربيّة
(Arabic): , Deutsch: , English: , Español: , Filipino/Tagalog: , Français:
, Ελληνικά: , हिन्दी (Hindi): , Kiswahili: , Malay:
, Português: , Romãnã: , Pyccкий: , Somali: , ردو (Urdu): )
|
.. .
oleh Phil
Bartle
diterjemahkan oleh Ezlyna
Shamsuddin, Yoon Sook Jhee
|
––»«––
|