| .......... |
.
...
| Dari
semua metode pembelajaran (membaca, mendengarkan, melihat), yang paling
efektif adalah "bekerja." Lihat Metode-metode
Pelatihan. |
. |
Belajar dengan
bekerja dapat termasuk melakukan sesuatu secara langsung seperti mengerjakan
suatu tugas dibawah pengawasan seorang pelatih, atau melakukan sesuatu
secara tidak langsung seperti berpartisipasi dalam sesi permainan peran
atau permainan simulasi |
...
| (Bahasa
Indonesia: bekerja,
Deutsch:
handeln,
English: doing,
Español: practicar,
Filipino/Tagalog:
paggawa,
Français: faire, Ελληνικά:
Πράξη,
Português:
agir,
fazendo,
Romãnã: a practica,
ردو (Urdu):عمل) |
.
..
| Untuk
sesebuah projek atau organisasi menjadi berasaskan komuniti, ia mestilah
berasal dari komuniti, mempunyai ahli komuniti yang bertanggungjawab dan
keputusan-keputusan (polisi dan eksekutif) dibuat oleh ahli komuniti. |
. |
Sebuah agensi
luaran atau projek yang hanya bertempat di komuniti tidak boleh mengakui
yang ianya berasaskan komuniti. Selain itu, berunding dengan ketua komuniti
juga tidak boleh menjadikannya berasaskan komuniti. |
..
| Terdapat
perbezaan besar antara berasaskan komuniti dan bertempat di komuniti. Andainya
sebuah agensi menyediakan perkhidmatan di dalam kawasan komuniti (contohnya
klinik, program IG), ia adalah bertempat di komuniti. |
. |
Untuk benar-benar
dipanggil sebagai berasaskan komuniti, sesuatu aktiviti, pembinaan, perkhidmatan
atau organisasi mestilah dipilih dan diawasi oleh komuniti secara mutlak
(bukan hanya segolongan kecil). Paling utama adalah pembuatan keputusan
berasaskan komuniti iaitu, sebarang keputusan mesti dibuat oleh dan di
dalam komuniti. |
..
.
..
...
| Apabila
agensi bantuan atau organisasi penderma berunding dengan ketua komuniti
atau wakil, mereka selalunya akan tanya jika komuniti itu memerlukan projek.
Kemungkinan besar jawapannya ialah, "Ya." Kemudian agensi itu akan
melaporkan kepada lembaga pengarah atau penderma bahawa terdapat penyertaan
komuniti. Ini tidak benar. |
. |
Apa yang telah
berlaku adalah rundingan, bukan penyertaan sebenar komuniti dalam membuat
keputusan, memilih dan merancang suatu projek mengikut keutamaan komuniti
(berbanding keutamaan agensi). |
.
.
..
| Maksud
budaya, dalam sains sosial, bukan hanya terhad kepada lagu dan tarian,
tetapi ia merangkumi segala sikap dan kelakuan yang dipelajari. Ia mengandungi
sistem sosio-budaya enam dimensi iaitu: teknologi
(teknikal), ekonomi, politik,
interaktif
(institusional), ideologi (nilai) dan
pandangan
dunia (konseptual). |
. |
Unit asas budaya
ialah "simbol". Budaya bukan keturunan. Ia diwarisi melalui simbol komunikasi.
Kadang-kadang dipanggil "kelompok,"
kerana ia terbentuk daripada sistem yang mengatasi entiti biologi dan manusia,
membentuk dan mempertahankan budaya. |
...
...
.
..
....
....
|
(العربيّة
(Arabic): , Deutsch: , English: , Español: , Filipino/Tagalog: , Français:
, Ελληνικά: , हिन्दी (Hindi): , Kiswahili: , Português:
, Romãnã: , Pyccкий: , Somali: , ردو (Urdu): )
|
.. .
oleh Phil
Bartle
diterjemahkan oleh Ezlyna
Shamsuddin, Yoon Sook Jhee
|
––»«––
|