Kata Kunci
Mengorganisasi Komuniti
.IndonesianEnglish version of this documentLa versión española de este documento.GreekItalianoA versão portuguesa deste documentoRumanian
ArabicJapanese Key Words
 
..........
.
Kata Kunci dalam modul "Mengorganisasi Komuniti"
oleh Phil Bartle
diterjemah oleh Yoon Sook Jhee
.
Membuat:
...
Berbanding dengan semua cara pembelajaran (membaca, mendengar, melihat), cara yang paling efektif ialah 'membuat'. Lihat Metod Latihan. . Pembelajaran dengan membuat termasuklah membuat secara langsung sesuatu tugas di bawah penyeliaan seorang pelatih, atau membuat secara tidak langsung seperti terlibat dalam sesi lakonan atau permainan simulasi.
...
(Bahasa Indonesia: bekerja, Deutsch: handeln, English: doing, Español: practicar, Filipino/Tagalog: paggawa, Français: faire, Galego: facer,  Ελληνικά: Πράξη, हिन्दी (Hindi): लोकतन्त्र, 日本語: 実技, Malay: membuat, Nederlands: doen, Português: agir, fazendo, Romãnã: a practica, Tiên Việt: thực hiện, اردو (Urdu):عمل)
  .
Merancang:
...
Merancang bererti berfikir tentang apa yang patut di buat pada masa depan. Pelan yang baik mengandungi satu siri langkah dari situasi kini sehingga ke tahap yang dikehendaki. Lihat Pelan Kerja. . Satu kaedah yang efektif ialah 'berfikir secara songsang' dengan berfikir tentang matlamat yang hendak dicapai, dan melihat kembali langkah yang perlu diutamakan, langkah sebelum itu, dan seterusnya sehinggalah anda kembali ke situasi kini.
...
(العربيّة:التخطيط, Bahasa Indonesia: perencanaan, Deutsch: Planung, English: planning, Español: planificación, Filipino/Tagalog:pagpaplano, Français: planification, Galego: planificación,  Ελληνικά: Σχεδιασμός, Nederlands: plannen, 日本語: 計画, Malay:merancang, Português: planificar, Romãnã: planificarea, Tiên Việt: lập kế hoạch, اردو  (Urdu): منصوبہ بندى)
.
Transparensi:
...
Transparensi ialah elemen yang penting untuk mengukuhkan komuniti (lihat elemenpemberdayaan). Kata "transparensi" ini bermaksud kebolehan melihat menembusi sesuatu.  . Apabila kakitangan awam cuba melakukan sesuatu (misalnya, membuat keputusan,membahagikan sumber) secara berahsia dan tersembunyi dari orang ramai, mereka dikatakan tidak transparen. Mereka dikatakan memberi orang ramai "rawatan cendawan."
...
Ini menyebabkan ketidakpercayaan, ketidakinginan dan marginalisasi (faktor penting kepada kemiskinan dan kelemahan komuniti). Tugas anda sebagai penggerak ialah mempromosi transparensi. Anda melakukannya dengan memberi penjelasan tentang transparensi, dan memberitahu mereka tentang hak untuk mengetahui segala hal yang sedang berlaku (meningkatkan kesedaran). . Anda juga memastikan transparensi merupakan kunci utama organisasi komuniti yang anda bentuk. Undang-undang, seperti "Akta Kebebasan Maklumat," atau seumpamanya memastikan perincian perbelanjaan kerajaan menjadi rekod awam dan boleh didapati oleh orang awam, adalah antara langkah kerajaan dalam mempromosi transparensi kerajaan, walaupun terdapat pegawai kerajaan yang cuba memusnahkan semangat undang-undang sebegini. 
...
Jika anda menyembunyikan masalah, menutupinya atau menafikan kehadiran masalah ini, anda juga akan elak dari mendapat cara penyelesaiannya. . Jika anda mengemukannya, mengakuinya, dan memeriksa masalah itu dengan jujur, anda akan berada di jalan yang menuju ke penyelesaiannya. Transparensi mengukuhkan proses ini. 
...
(العربيّة: الشفافية, Bahasa Indonesia: transparansi, Deutsch: die transparenz, English: transparency, Español: transparencia, Filipino/Tagalog: naaaninag o pagiging bukas, Français: transparence, Galego: transparencia,  Ελληνικά: Διαφάνεια, Italiano: transparenza, 日本語: 透明 明確さ, Malay:transparensi, Nederlands: transparantie, Português: transparência, Romãnã: transparenta, Somali: waadix, Tiên Việt: tính minh bạch, اردو  (Urdu): شفافی)
.
Demokrasi:
...
Perkataan "demokrasi"," berasal dari perkataan Yunani"demo" yang bermakna rakyat (dari aspek demografi) dan "krasi" bermakna kuasa (seperti dalam birokrasi atau aristokrasi).
.
Perkataan demokrasi, dengan ini, bermakna kuasa kepada rakyat. Namun, hakikatnya, Yunani purba tidak bersifat demokratik dalam ekonomi yang berasaskan tenaga hamba.
....
Terdapat pelbagai jenis demokrasi, misalnya demokrasi perwakilan yang membolehkan rakyat memilih wakil (misalnya Ahli Parliamen) untuk membuat keputusan untuk mereka dan penglibatan demokrasi yang memlibatkan rakyat dalam membuat keputusan. . Sebagai seorang penggerak, anda perlulah mempromosikan demokrasi, misalnya dalam projek komuniti, tetapi anda tidak semestinya mengikut demokrasi Parlimen British.   Gunakanlah cara yang sesuai dengan sosial komuniti.
...
(العربيّة:الديمقراطية, Bahasa Indonesia: demokrasi, Deutsch: demokratie, English: democracy, Español: democracia, Filipino/Tagalog: demokrasya, Français: démocratie, Galego: democracia,  Ελληνικά: Δημοκρατία,   हिन्दी (Hindi): लोकतन्त्र, Italiano: democrazia, 日本語: 民主主義, Malay: demokrasi, Nederlands: democratie, Português: democracia, Romãnã: democratie, Tiên Việt: dân chủ, ردو (Urdu): جمہوریت)
.
Analisis Situasi:
...
"Analisis situasi" merupakan prosedur yang membolehkan sifat dan keutamaan komuniti dapat dikenalpasti. Lihat PAR. . Tugas anda sebagai penggerak ialah memastikan semua, atau seramai mungkin ahli komuniti terlibat dalam pemerhatian dan analisis tindakan komuniti.
.
(العربيّة:تحليل الوض, Bahasa Indonesia: analisa situasi, Deutsch: Situationsanalyse, English: situation analysis, Español: análisis de la situación, Filipino: pagsusuri ng sitwasyon, Français: analyse de situation, Galego: análise da situaciónΕλληνικά: Ανάλυση της Κατάστασης, Malay:analisis situasi, Nederlands: situatie-analyse, Português: análise de situação, Romãnã: analiza a situatiei, Tiên Việt: phân tích tình huống, اردو  (Urdu): صورتحال کا تجزی)
.
Kebergantungan (Sindrom):
..
Sindrom kebergantungan ialah perlakuan dan kepercayaan bahawa sesuatu kumpulan tidak berupaya menyelesaikan masalah mereka tanpa bantuan luar. . Kelemahan in menjadi lebih teruk dengan adanya dermaan atau bantuan. Lihat: Sindrom Kebergantungan.
.
(العربيّة: التبعي, Bahasa Indonesia: dependensi, Deutsch: Abhängigkeit, English: dependency syndrome, Español: síndrome de dependencia, Filipino/Tagalog: pagtatangkilik, Français: syndrome de dépendance, Galego: dependencia,  Ελληνικά: Εξάρτησης, 日本語: 依存, Malay: kebergantungan, Nederlands: afhankelijkheid, Português: dependencia, Romãnã: dependenta, Somali: ku tiirsanaanta, Tiên Việt: phụ thuộc, ردو (Urdu): محتاجی کی لت)
.
Memantau:
.
Pemantauan ialah pemerhatian, merekod, menganalisi dan melapor aktiviti dan hasil dari aktiviti tersebut, dalam projek atau aktiviti yang seumpamanya, secara tetap.  (Lihat Memantau).
.
(العربيّة: الرصد, Bahasa Indonesia: pengawasan, Deutsch: monitoring, English: monitoring, Español: supervisar, Filipino/Tagalog: pagsubaybay, Français: surveillance, Galego: supervisión,  Ελληνικά: Επίβλεψη, 日本語: 監視, Malay: memantau, Nederlands: monitoren, Português: monitoragem, Romãnã: monitorizarea, Tiên Việt: giám sát,  ردو (Urdu): نگرانی)
.
Penilaian atau Penaksiran Penglibatan:
...
Sebelum sesuatu projek dirancang, penilaian ke atas situasi perlu dijalankan. PAR or PRA . the whole community must participate in observing and analysing, looking for problems, potentials, resources and constraints.
...
Komuniti dan ahlinya tidak semestinya terlibat dalam penilaiannya secara automatik. Perintah, undang-undang, frasa rekabentuk projek atau penyata niat tidak menjamin penglibatan seluruh komuniti. . Ahli komuniti memerlukan sokongan, kemahiran, dorongan dan bimbingan untuk terlibat dalam penilaian atau penaksiran. Keupayaan memberi mereka elemen-elemen inilah yang terpenting dalam tugas seorang pekerja komuniti, penggerak atau fasilitator.
...
Pemberian dorongan dan latihan diberi pelbagai nama dengan akronim, PRA atau PAR.
...
(العربيّة:تقييم الاشتراك,  Bahasa Indonesia: penaksiran partisipator, Deutsch: particiatory appraisal, English: participatory appraisal, Español: evaluación participativa rural, Filipino/Tagalog: pakikilahok na pagtataya, Français: évaluation rapide/rurale participatoire, Galego: avaliación ou valoración participativa,  Ελληνικά: Συμμετοχική Εκτίμηση, 日本語: 参加方式の評価または査定, Malay: penilaian atau penaksiran penglibatan, Nederlands: participerende observatie of beoordeling, Português: avaliação de participação, Romãnã: estimarea sau evaluarea participativa, Tiên Việt: tham gia đánh giá, ردو (Urdu): مشترکہ تجزیہہ)
 ...
––»«––
..
Kata Kunci
Mengorganisasi Komuniti