|
.........
|
.
|
Kata
Kunci untuk Modul "Langkah-langkah Persediaan"
|
|
diterjemah oleh
Ezlyna Shamsuddin
|
..
.
..
| Emosi
yang berkemungkinan besar paling bahaya dalam tugasan kita ialah kemarahan
––
bagaimana kita berhadapan dengannya. Sebagai seorang manusia, kita punyai
emosi, dan kemarahan adalah salah satu daripada emosi-emosi itu. Tidak
salah untuk berasa marah; ianya sebahagian daripada manusia. Kita tidak
patut rasa bersalah atau malu apabila kita berasa marah. Kemarahan itu
emosi manusia yang normal. Kita patut redha apabila merasainya. |
... |
Namun, bagaimana
kita bertindak semasa kita berasa marah mampu mempengaruhi tugasan kita,
sama ada semasa memobilisasi komuniti, mengatur sukarelawan atau mengurus
pekerja. Sebagai contoh, apabila seorang klien, sukarelawan, pekerja atau
ahli komuniti melakukan kesilapan, terutamanya yang mempengaruhi matlamat
kita, kita akan berasa ingin menunjukkan kemarahan, walhal pada masa itu
kita sepatutnya tenteram dan tenang. |
..
| Apabila
kita melihat seseorang melakukan kesilapan yang mempengaruhi hasil yang
kita ingini, kita patut sedar bahawa ianya membuat kita berasa marah dan
menjadi tanggungjawab kita untuk berhadapan dengan kemarahan itu. Tindakan
pantas yang terbaik ialah dengan pergi berjalan. Jika kita tidak punya
masa yang cukup, kita perlu sekurang-kurangnya pergi ke bilik lain tanpa
menunjukkan kemarahan kita. Biarkan kemarahan itu mati di situ, di luar
pandangan mereka yang mencetuskannya. |
. |
Kemudian, apabila
kemarahan kita sudah terkawal, barulah kita berhadapan dengan perkara atau
peristiwa yang mencetuskannya. Jika kesilapan itu dilakukan oleh klien,
sukarelawan, pekerja ataupun ahli komuniti, kita boleh mengambil tindakan
sebagaimana yang diterangkan dalam kata kunci, Kesilapan.
Tindakan kita hanya akan berkesan jika dilakukan semasa kita berasa tenteram,
tenang dan damai. |
.
|
(Deutsch:
wut,
English:
anger,
ire, choler, Ελληνικά:
Θυμός,
Español: Ira,
Filipino/Tagalog:
Galit,
Français:
colère,
Galega: anoxo,
Kiswahili:
hasira.
Malay:
Kemarahan, Português:
ira,
Romãnã: furie,
Tiên Việt: sự
tức giận)
|
..
..
| Kadang-kadang
dipanggil animasi sosial. Berasal daripada perkataan Yunani anima (kehidupan,
nyawa, api, pergerakan automatik). Mendorong atau memobilisasi sesebuah
komuniti supaya maju dengan sendiri, hidup dan membangun. |
. |
Kadang-kadang
digunakan sebagai pengganti mobilisasi. Animasi bermakna menyatukan dan
memobilisasi komuniti untuk melakukan (secara sepadu) apa yang dikehendakinya. |
..
| Metodologi
Pemberdayaan Komuniti membawa animasi sosial selangkah ke hadapan dengan
melatih komuniti atau organisasi berasaskan komuniti meningkatkan kapasiti
menggunakan kaedah latihan pengurusan untuk membuat keputusan, merancang
dan menguruskan pembangunan sendiri. Ia melatih ahli komuniti serta pemimpinnya
dalam teknik pengurusan yang diperlukan untuk memastikan bahawa komuniti
itu mengendalikan pembangunannya sendiri. |
..... |
Ia juga mendorong
dan melatih pegawai kerajaan, penguatkuasa tempatan dan pemimpin komuniti
untuk melepaskan peranan mereka dalam menyediakan kemudahan dan perkhidmatan
bagi sesebuah komuniti. Mereka belajar cara untuk memfasilitasikan komuniti
dalam mengenalpasti sumber dan bertindak menyediakan dan menjaga kemudahan
serta perkhidmatan di penempatan sendiri. |
.
|
(Deutsch:
animation,
Soziale
Animation, Ελληνικά:
ζωοδότηση,
κοινωνική
ζωοδότηση, English:
animation,
social
animation, Español:
animación
social, Filipino/Tagalog: Pagbibigay-Buhay
Panlipunan, Français: animation,
animation
sociale, Galego: animación,
Italiano:
animazione,
Malay: animasi, Português: animação
social, animação, Romãnã: animare
sociala)
|
..
..
.
|
(Deutch:
animator,
Ελληνικά: ζωοδότης,
κινητοποιητής,
English:
animator,
mobilizer,
activist,
Español:
activista,
Filipino/Tagalog: Pagbibigay-Buhay,
Français: mobilisateur,
animateur,
Galego: animador,
Italiano:
animatore,
Kiswahili:
ramsisha.
Malay:
penganimasi,
Português:
animador,
Romãnã: animator)
|
..
..
..
| Kadang-kadang
ia dikaitkan dengan falsafah takdir. Namun, "Berdoalah kepada Tuhan,
dan berakit-rakitlah ke tepian," menurut peribahasa
Rusia, menunjukkan bahawa walaupun kita berada di bawah lindungan Tuhan,
kita bertanggungjawab terhadap diri kita sendiri. |
.. |
Kita dianugerahi
Tuhan dengan banyak kebolehan untuk: memilih, bekerjasama, mengatur untuk
meningkatkan mutu kehidupan. Oleh itu, kita tidak sepatutnya menggunakan
ketentuan Tuhan atau Allah (s.w.t.) sebagai alasan untuk langsung tidak
berusaha. |
.
|
(Deutsch:
Apathie,
Ελληνικά: απάθεια,
English:
apathy,
Español:
apatía,
Filipino/Tagalog:
pagsasawalang
bahala, Français:
apathie,
Galego:
apatía,
Italiano:
apatia,
Kiswahili:
usugu,
Malay:
apati, Português:
apatia,
Romãnã: apatie,
Somali:
naceyb)
|
.
..
| Salah
satu daripada lima faktor utama kemiskinan
ialah ketidaktahuan. Bagi
kebanyakan orang tidak tahu adalah satu penghinaan. Bagaimanapun, apa yang
kami maksudkan ialah ada orang tidak tahu beberapa perkara dan ianya bukanlah
sesuatu yang memalukan. |
. |
Ketidaktahuan
dan kebebalan adalah perkara yang berbeza. Orang dewasa boleh belajar.
Oleh itu, janganlah memperlakukan mereka bagaikan kanak-kanak kerana itu
akan membantutkan pembelajaran mereka. |
..
|
Ketidaktahuan
bermaksud tidak tahu sesuatu, kebebalan bermaksud tidak mampu untuk mempelajari
sesuatu dan kebodohan bermaksud melakukan atau tidak melakukan sesuatu
walaupun mengetahui. Ketidaktahuan, kebebalan dan kebodohan adalah perkara
yang berlainan.
|
.
|
(Deutsch:
Unwissenheit,
Ελληνικά:
δυνατότητες,
ισχύς,
δύναμη,
English:
ignorance,
Español: ignorancia,
Filipino/Tagalog:
kamangmangan,
Français:
ignorance,
Galego:
ignorancia,
Malay:
ketidaktahuan,
Português: ignorância, Romãnã:
ignoranta,
Somali:
jaahilnimo)
|
.
.....
|
Kebolehan, kuasa
atau kekuatan sesebuah komuniti atau
organisasi. Apabila berdaya, ia akan menjadi
lebih kukuh.
|
..
|
(Deutsch:
empowerment,
die
stärkung, leistungsfähigkeit,
Ελληνικά:
δυνατότητες,
ισχύς,
δύναμη,
English:
capacity,
power, strength, Español:
capacidad,
potenciación,
Filipino/Tagalog: kakayahan,
pagpapalakas,
Français:
capacité,
empowerment,
Galego:
capacidade,
हिन्दी
(Hindi): क्षमता, Italiano:
empowerment,
Kiswahili:
uwezo,
Malay:
kapasiti, Português:
capacidade,
fortalecendo,
Romãnã: capacitate,
Pyccкий:
paзвития,
Somali: awooda)
|
...
...
...
| Perbezaan
antara pembangunan kapasiti dan pembinaan kapasiti terletak pada konsep
di mana daya perkembangan itu berasal. |
.
|
Istilah "pembinaan
kapasiti" menyatakan secara tidak langsung bahawa beberapa agensi di luar
komuniti atau organisasi ada membekalkan daya bagi meningkatkan kapasiti
komuniti itu. |
....
| Ia
diterangkan oleh konsep "kejuruteraan
sosial." |
.
|
Istilah "pembangunan
kapasiti,"
sebaliknya membayangkan bahawa daya untuk perkembangan komuniti itu datang
dari dalam komuniti atau organisasi itu sendiri. |
....
.
|
(Deutsch:
leistungsaufbau;
leistungsentwicklung,
Ελληνικά: ανάπτυξη
δυνατοτήτων, English: capacity
development, Español: desarrollo
de la capacidad, Filipino/Tagalog; paglilinang
ng kakayahan, Français: renforcement
des capacités, développement
des capacités, bâtiment
de capacité, développement
de capacité, fortifier
de la communauté, Galego: desenvolvemento
da capacidade, हिन्दी
(Hindi): षमता विकास,
अधिकारिकरण,
Kiswahili:
kujengea
uwezo, Malay: pembangunan kapasiti,
Português:
desenvolvimento
de capacidade, Romãnã: dezvoltarea
capacitatii, Somali: awoodsiinta)
|
..
...
| Keraian
ialah suatu acara kegembiraan untuk mengiktiraf seseorang atau sesuatu
perkara di mana ia biasanya mengubah status yang diiktiraf. Keraian adalah
majlis awam. |
. |
Untuk seorang
pemobilisasi, meraikan penyelesaian sesebuah projek komuniti adalah suatu
unsur yang penting dalam pemberdayaan komuniti, di mana komuniti diiktiraf
di hadapan umum kerana berjaya membantu mereka sendiri. |
.
....
.
...
| Membantu
mereka yang memiskin dan memerlukan adalah nilai sejagat yang terdapat
dalam agama-agama utama dunia. Bagaimanapun, ia boleh membawa kepada pemberian
tidak terbatas. |
.
|
Jika pemberian
anda membuatkan penerima menjadi bergantung
kepada anda, anda sebenarnya tidak membantu menguatkan penerima, atau membantunya
menjadi berdikari. |
....
| Apabila
anda memberi sedekah kepada peminta sedekah, anda secara tidak langsung
mendorongnya untuk lebih meminta sedekah. |
. |
Jika anda benar-benar
ingin membantu dan menguatkan penerima lihatlah kisah Nabi Muhammad (s.a.w.)
dengan seutas tali dalam Mari Bercerita),
dan pemberian itu akan jadi lebih bermakna. |
.
|
(Deutsch:
Wohltätigkeit,
Ελληνικά: φιλανθρωπία,
English:
charity,
Español: caritativo,
Filipino/Tagalog:
Kawang-Gawa,
Français: charité,
Galego:
caridade,
Kiswahili:
kujitolea,
Malay:
amal, Português:
caridade,
Romãnã: caritate)
|
.
..
| Istilah
"komuniti" ada digunakan dalam pelbagai konteks. |
. |
Pada ahli biologi,
komuniti ialah beberapa individual sama atau berlainan spesies yang hidup
bersaing dan bekerjasama dalam membentuk suatu kelompok yang lebih besar. |
..
| Sejak
kemunculan internet dan teknologi maklumat, pelbagai kumpulan manusia yang
kebanyakannya berkongsi minat mula berkembang dari segenap pelusuk dunia.
Mereka berkomunikasi melalui internet. |
. |
Fokus siri
latihan di laman ini ialah berkenaan komuniti yang lebih ortodoks iaitu
komuniti manusia yang mana selalunya terdapat batas-batas geografi (kecuali
komuniti nomad atau pengembara) dan berkait. Sebagai contoh, komuniti yang
meliputi jiran sekeliling dalam kawasan bandar besar hinggalah ke kawasan
kampung yang terpencil. Lihat Habitat. |
..
| Sebuah
komuniti bukanlah hanya kelompok individu manusia. Ia juga merangkumi kelompok
organisma yang dipunyai oleh dan menjadi sebahagian daripada budaya,
yang terbentuk daripada interaksi antara manusia serta kesemua yang dipelajarinya.
Enam dimensinya termasuk: teknologi, ekonomi, politik, corak sosial (interaktif),
nilai dan kepercayaan yang dikongsi (ideologi) dan konsep. Ia diwarisi
melalui pembelajaran, bukan keturunan. |
. |
Sebagaimana
sebatang pokok atau hidupan lain yang melalui atom-atom yang membentuknya,
manusia juga melalui kematian, kelahiran atau migrasi, terus hidup dan
membesar. Ianya tidak pernah homogen, sebaliknya mempunyai banyak golongan,
perpecahan, persaingan dan konflik di dalamnya. Komuniti ialah kelompok
yang lebih besar daripada jumlah bahagian-bahagian itu. Lihat "Apa
itu Komuniti." |
...
.
| (Deutsch:
gemeinde,
Ελληνικά:
κοινότητα,
English:
community,
Español:
comunidad,
Filipino/Tagalog:
komunidad,
Français:
communauté,
Galego:
comunidade,
Kiswahili:
jamii,
Malay: komuniti, Português:
comunidade,
Pyccкий: Cooобщество,
Romãnã: comunitate,
Somali: bulsho) |
.
..
| Untuk
sesebuah projek atau organisasi menjadi berasaskan komuniti, ia mestilah
berasal dari komuniti, mempunyai ahli komuniti yang bertanggungjawab dan
keputusan-keputusan (polisi dan eksekutif) dibuat oleh ahli komuniti. |
. |
Sebuah agensi
luaran atau projek yang hanya bertempat di komuniti tidak boleh mengakui
yang ianya berasaskan komuniti. Selain itu, berunding dengan ketua komuniti
juga tidak boleh menjadikannya berasaskan komuniti. |
..
| Terdapat
perbezaan besar antara berasaskan komuniti dan bertempat di komuniti. Andainya
sebuah agensi menyediakan perkhidmatan di dalam kawasan komuniti (contohnya
klinik, program IG), ia adalah bertempat di komuniti. |
. |
Untuk benar-benar
dipanggil sebagai berasaskan komuniti, sesuatu aktiviti, pembinaan, perkhidmatan
atau organisasi mestilah dipilih dan diawasi oleh komuniti secara mutlak
(bukan hanya segolongan kecil). Paling utama adalah pembuatan keputusan
berasaskan komuniti iaitu, sebarang keputusan mesti dibuat oleh dan di
dalam komuniti. |
..
.
.
| Organisasi
Berasaskan Komuniti: |
...
| Organisasi
berasaskan komuniti (CBO) ialah suatu organisasi yang dibina dan dibangunkan
di dalam sesebuah komuniti, di mana sebarang keputusan (pengurusan dan
rancangan) dibuat oleh komuniti itu secara mutlak. |
. |
Walaupun sebuah
agensi yang ditubuhkan dan membuat keputusan di luar komuniti itu terletak
di dalam komuniti, ia bukanlah berasaskan komuniti. Lihat Akronim,
CBO. |
...
.
| Pusat
Pemulihan Berasaskan Komuniti: |
...
| Pusat
pemulihan dalam konteks ini bermaksud pemulihan (atau habilitasi) jasmani
(biologikal), emosi dan mental bagi mereka yang kurang berkeupayaan dari
segi jasmani, emosi atau mental. |
. |
Apabila pusat
pemulihan adalah berasaskan komuniti, maka sebarang keputusan dan tanggungjawab
untuk memulihkan individu berkenaan terletak di dalam komuniti itu sendiri,
bukan di luarnya. |
,
.
|
(Deutsch:
gemeindenahe
Rehabilitation, Ελληνικά:
αποκατάσταση
βασισμένη στην κοινότητα, English:
community based rehabilitation,
Español: rehabilitación
basada en la comunidad, Filipino/Tagalog: rehabilitasyon
batay sa komunidad, Français: réadaptation
a basé dans la communauté, Galego: rehabilitación
baseada na comunidade, Kiswahili:
ukarabati
wa kijamii, Malay: pusat pemulihan berasaskan
komuniti, Português:
reabilitação
baseado na comunidade, Romãnã: rebilitarea
ancorata in comunitate)
|
...
...
| Apabila
kami menyatakan bahawa penyertaan komuniti tidak sama dengan sumbangan
komuniti (walaupun banyak yang salah anggap ianya sama), kami sedar kedua-duanya
adalah penting. |
. |
Walaupun penyertaan
komuniti bermakna membuat keputusan tentang segala aktiviti berasaskan
komuniti atau berpusat di dalam komuniti, sumbangan komuniti itu penting
untuk memastikan bahawa ahli komuniti berasa bagaikan pemilik projek kerana
mereka turut melabur dan bukan hanya menerima. |
.
| Kami
menggalakkan sekurang-kurangnya lima puluh peratus daripada input dalam
sesuatu projek komuniti yang kami sokong datang dari dalam komuniti itu
sendiri. Pada mulanya ia selalu dilihat dengan kegelisahan dan kekecewaan
oleh banyak ahli komuniti. Kemudian kami nyatakan bahawa tenaga yang disumbangkan
mesti juga dikira secara tulus dan sekiranya mereka menyumbang tenaga,
mereka akan terkejut dengan nilai yang dapat ditambah kepada input komuniti. |
. |
Kami menyatakan
bahawa masa yang digunakan oleh ahli komuniti, terutamanya mereka yang
berada di dalam jawatankuasa eksekutif dalam memilih dan merancang projek,
adalah sumbangan kemahiran eksekutif dan pengurusan, masa dan tenaga. Sumbangan
itu juga sepatutnya dinilai dengan tulus. Selain itu, kami menyatakan bahawa
sumbangan tanah selalu diremehkan, walhal ia patut dikira dengan taksiran
yang tulus sebagai input komuniti. |
.
|
(Deutsch:
gemeindebeitrag,
Ελληνικά:
κοινοτική
συνεισφορά, English: community
contribution, Español: contribución
comunitaria, Filipino/Tagalog: kontribusyon
ng komunidad, Français: contribution
de la communauté, Galego: contribución
comunitaria, Kiswahili:
mchango
wa jamii, Malay: sumbangan komuniti,
Português:
contribuição
da comunidade, Romãnã: contributia
comunitatii)
|
.
..
| Apabila
sesebuah komuniti itu membangun, ia berkembang. Lihat istilah Pembangunan.
Ia tidak semestinya bermaksud jadi lebih besar atau lebih kaya. Ia bermaksud
jadi lebih kompleks dan semakin kuat. |
... |
Sesebuah komuniti
tidak akan dapat dibangunkan oleh pemobilisasi, sama seperti pokok bunga
tidak akan tumbuh lebih tinggi dengan ditarik oleh seseorang. Komuniti
(sebagai institusi sosial) membangun dengan sendirinya. Pemobilisasi hanyalah
mampu mendorong, menggalakkan dan memimpin ahli-ahli komuniti terbabit. |
..
| Segelintir
orang menyangka bahawa pembangunan komuniti hanyalah bermaksud jadi semakin
kaya, ––
peningkatan hasil per kapita atau pendapatan. an increase in per capita
wealth or income. Ianya boleh terjadi tetapi ada lebih daripada itu. |
. |
Ia adalah perubahan
sosial, di mana komuniti menjadi bertambah kompleks, menambah bilangan
institusi, meningkatkan kuasa secara perkumpulan dan mengubah organisasi
dari segi mutunya. |
.
|
Pembangunan bermaksud
perkembangan dari segi kompleksiti dan enam dimensi budaya
|
.
|
(Deutsch:
gemeindeentwicklung,
Eλληνικά:
κοινοτική
ανάπτυξη, English: community
development, Español: desarrollo
comunitario, Filipino/Tagalog: kalinagangg
(kaunlaran) pangkomunidad, Français: développement
de la communauté, Galego: desenvolvemento
comunitario, Kiswahili:
maendeleo
ya jamii, Malay: pembangunan komuniti,
Português:
desenvolvimento
da comunidade, Romãnã: dezvoltarea comunitatii, Somali:
horumarka
bulshada)
|
...
...
|
Meningkatkan kapasiti
sesebuah komuniti bermaksud meningkatkan kemampuan komuniti itu untuk melakukan
sesuatu dengan sendirinya.
|
.
|
Ia bukan hanya
terhad kepada menambahkan perkhidmatan atau kemudahan awam seperti jalanraya,
sistem pembersihan, bekalan air, peluang pendidikan dan penjagaan kesihatan.
|
.
| Ia
bermaksud meningkatkan kemampuan dan kekuatan. Ia juga bermaksud lebih
kemahiran, lebih keyakinan diri dan organisasi yang lebih berkesan. Ia
tidak boleh datang daripada sumbangan amal atau derma dari sumber luar.
Ia boleh difasilitasikan melalui tindakan seperti projek komuniti, tetapi
hanya apabila semua ahli komuniti mengambil bahagian sejak dari permulaan
projek, membuat keputusan untuk tindakan, mengenalpasti sumber yang tersembunyi
di dalam komuniti serta mengembangkan rasa kepemilikan dan tanggungjawab
bagi kemudahan awam dari mula hingga akhir. |
. |
Walaupun pengingkatan
ke arah demokrasi mungkin dibantu oleh Kerajaan dengan menyerahkan sedikit
kuasa untuk membuat undang-undang kepada komuniti, kapasiti untuk menggunakan
haknya membuat keputusan berdasarkan undang-undang bergantung kepada kapasiti
praktikal yang mereka ada. Sebagai contoh, kemampuan untuk membuat keputusan
tentang pembangunan sendiri dan menentukan masa hadapan. Kuasa, kekuatan,
kapasiti, kemampuan, pemberdayaan. |
.
..
| Latihan
Pengurusan Komuniti: |
...
| Latihan
pengurusan
komuniti bertujuan untuk mengurangkan kemiskinan, menguatkan komuniti
berpendapatan rendah dalam merancang dan pengurusan kemudahan dan perkhidmatan
penempatan, pembinaan, operasi dan pemeliharaannya. Ini adalah latihan
untuk bertindak, bukan hanya memindahkan kemahiran atau memberi maklumat
kepada individu. |
. |
Latihan sebagai
satu kaedah untuk menguatkan komuniti yang berpendapatan rendah, mengurangkan
kemiskinan, mempromosikan penyertaan komuniti serta sokongan praktikal
ke arah demokrasi dan penyebaran tempat, bukan hanya terhad kepada pemindahan
maklumat dan kemahiran kepada pelatih. Ia juga termasuk memobilisasi
dan mengorganisasi. Ini bukanlah latihan
ortodoks. |
.
|
Memformalkan
dan menginstitusikan latihan ini boleh membawa kepada membataskan latihan
itu dengan lebih menitikberatkan kepada pemindahan kemahiran daripada aspek
dorongan, mobilisasi dan mengorganisasi.
|
...
| Latihan
pengurusan dalam konteks ini telah dikembangkan untuk menguatkan keberkesanan
pengurusan atas dan menengah syarikat-syarikat perniagaan. |
. |
Ia telah diubahsuai
di sini dan diintegrasikan dengan teknik mengorganisasi kesatuan dagangan
bertujuan untuk memobilisasi dan menguatkan kapasiti komuniti berpendapatan
rendah. Ia juga membantu komuniti untuk membantu mereka sendiri bagi perkembangan
perubahan sosial. |
.
|
(Deutsch:
gemeinde-management-training,
Ελληνικά: εκπαίδευση
κοινοτικής διοίκησης, English:
community
management training, Español: adiestramiento
para la gestión comunitaria, Filipino/Tagalog: pagsasanay
as pamamahala ng komunidad, Français: formation
pour la gestion de la communauté, Galego:
formación
para a xestión comunitaria, Kiswahili:
mafunzo
ya utawala wa jamii, Malay: latihan pengurusan
komuniti, Português: formação para a gestão comunitária,
Romãnã: instruirea
comunitatii in management)
|
.
..
| Penyertaan
komuniti adalah lebih berbanding sumbangan tenaga atau keperluan. Ianya
bermaksud mengambil bahagian dalam membuat keputusan, memilih projek komuniti,
merancang, melaksanakan, mengurus, memantau serta mengawal. Ia berbeza
dengan sumbangan komuniti. |
. |
Animasi
Sosial menganjurkan aktiviti-aktiviti komuniti sasaran dengan tujuan
komuniti itu akan bertanggungjawab ke atas pembangunannya sendiri. Ia bermula
dengan membantu komuniti membuat keputusan tentang projek yang akan dilaksanakan,
mendorong memobilisasikan sumber dan mengatur aktiviti. |
.
|
Promosi penyertaan
komuniti bertujuan untuk memastikan bahawa keputusan yang akan mempengaruhi
komuniti diambil oleh semual (bukan hanya segelintir) ahli komuniti (bukan
agensi luar).
|
.
| Dalam
metodologi ini, sumbangan komuniti adalah digalakkan kerana ia membantu
komuniti itu menjadi lebih bertanggungjawab ke atas aktiviti yang mereka
labur dengan sumber mereka sendiri. Kami juga menggalakkan Kerajaan dan
penderma luar untuk berbincang tentang aktiviti-aktiviti mereka dengan
kesemua dalam komuniti. Ini kami namakan rundingan komuniti. |
. |
Penyertaan
komuniti di sini tidak sepatutnya digunakan sebagai sama dengan sumbangan
komuniti dan rundingan komuniti (sebagaimana disalahgunakan oleh kebanyakan
agensi bantuan); penyertaan di sini bermaksud menyertai dalam membuat keputusan,
mengawal dan mengatur. |
.
|
(Deutsch:
gemeindepartizipation,
Ελληνικά:
κοινοτική
συμμετοχή, English: community
participation, Español: participación
comunitaria, Filipino/Tagalog: pakikilahok
ng komunidad, Français: participation
de la communauté, Galego: participación
comunitaria, Kiswahili:
ushiriki
wa jamii, Malay: penyertaaan komuniti,
Português:
participação
da comunidade, Romãnã: participarea
comunitatii, Somali: ka
geyb galka bushadaa)
|
..
...
| Apabila
agensi bantuan atau organisasi penderma berunding dengan ketua komuniti
atau wakil, mereka selalunya akan tanya jika komuniti itu memerlukan projek.
Kemungkinan besar jawapannya ialah, "Ya." Kemudian agensi itu akan
melaporkan kepada lembaga pengarah atau penderma bahawa terdapat penyertaan
komuniti. Ini tidak benar. |
. |
Apa yang telah
berlaku adalah rundingan, bukan penyertaan sebenar komuniti dalam membuat
keputusan, memilih dan merancang suatu projek mengikut keutamaan komuniti
(berbanding keutamaan agensi). |
.
|
(Deutsch:
beraten,
Ελληνικά: συμβουλευτική,
English:
consult,
Español:
consultar,
Filipino/Tagalog:
konsulta,
Français:
consulter,
Galego:
consulta,
Kiswahili:
tatufa
ushauri, Malay: berunding, Português:
consulte,
Romãnã: consultare)
|
...
...
| Mungkin
ada orang yang kelirukan penyertaan dengan sumbangan. Kebanyakan orang,
apabila mendengar rangkai kata, penyertaan komuniti. menduga ia hanyalah
bermaksud sumbangan komuniti. Mereka hanya berfikir tentang pekerja berkumpulan
yang dikhaskan untuk sesuatu projek. |
.. |
Malangnya,
terdapat banyak kes sebelum ini di mana ahli komunti dilayan seperti kuli
atau hamba dan dipaksa menyumbangkan tenaga buruh mereka (atau sumber lain
seperti tanah, makanan). Metodologi yang diperkenalkan dalam buku panduan
ini adalah sebaliknya. Penyertaan bermaksud mengambil bahagian dalam membuat
keputusan, bukan hanya memberi sumbangan. Lihat sumbangan
komuniti. |
.
...
...
| Salah
satu daripada perihal kebijaksanaan yang patut dipelajari ialah apabila
melihat sesuatu kesilapan, mengkritik biasanya tidak akan membuatnya jadi
benar atau membetulkannya. Sebaliknya ia selalunya akan membuatkan sesuatu
masalah menjadi lebih teruk. |
. |
Mengapa? Kerana
manusia berasa terancam dan tertekan jika seseorang mengkritik mereka.
Kritikan merendahkan keyakinan dan harga diri kita/mereka. Kita menjadi
defensif apabila dikritik dan lebih cenderung untuk menegakkan benang basah
daripada membetulkan kesilapan itu. |
...
| Apabila
kita memobilisasi komuniti, mengatur sukarelawan atau mengurus pekerja,
kita mesti sedar bahawa mereka mungkin akan membuat kesilapan dan bersedia
untuk mengendalikan kesilapan bagi mencapai matlamat kita. |
. |
Menunjukkan
kemarahan, mengkritik orang yang melakukan kesilapan mungkin boleh dapat
"melepaskan kemarahan" dan membuat kita berasa lega tetapi selepas itu,
kita akan menerima akibatnya. Lihat kata kunci: Kesilapan,
Kemarahan,dan
Sandwic,
dan carilah cara-cara untuk membetulkan kesilaan tanpa kritikan yang negatif. |
...
..
| (Deutsch:
kritik,
Ελληνικά:
κριτική,
English:
criticism,
Español:
críticas,
Filipino/Tagalog:
kritisismo
o pamumuna, Français:
critique,
Galego:
crítica,
Kiswahili:
pingamizi,
Malay:
kritikan, Português:
crítica,
Romãnã:
critica) |
.
..
| Maksud
budaya, dalam sains sosial, bukan hanya terhad kepada lagu dan tarian,
tetapi ia merangkumi segala sikap dan kelakuan yang dipelajari. Ia mengandungi
sistem sosio-budaya enam dimensi iaitu: teknologi
(teknikal), ekonomi, politik,
interaktif
(institusional), ideologi (nilai) dan
pandangan
dunia (konseptual). |
. |
Unit asas budaya
ialah "simbol". Budaya bukan keturunan. Ia diwarisi melalui simbol komunikasi.
Kadang-kadang dipanggil "kelompok,"
kerana ia terbentuk daripada sistem yang mengatasi entiti biologi dan manusia,
membentuk dan mempertahankan budaya. |
...
...
| (Deutsch:
kultur,
Ελληνικά:
πολιτισμός,
English:
culture,
Español:
cultura,
Filipino/Tagalog:
kultura,
Français:
culture,
Galego:
cultura,
Kiswahili:
tamaduni,
Malay:
budaya, Português: cultura,
Romãnã: cultura,
Somali:
dhaqanka) |
| Ketergantungan
(Sindrom): |
..
| Sindrom
ketergantungan ialah sikap dan kepercayaan bahawa sesuatu kumpulan tidak
akan dapat menyelesaikan masalahnya sendiri tanpa bantuan luaran. |
. |
Kelemahan ini
boleh jadi lebih teruk dengan bantuan amal. Lihat: Sindrom
Ketergantungan. |
.
|
(Deutsch:
Abhängigkeit
(Syndrom), Ελληνικά: εξάρτηση,
English:
dependency,
Español:
síndrome
de dependencia, Filipino/Tagalog: pagtangkilik,
Français:
syndrome
de dépendance, Galego: dependencia,
Ελληνικά:
Εξάρτησης,
Malay:
ketergantungan, Português:
síndrome
de dependência, Romãnã: dependenta,
Somali:
ku
tiirsanaanta, ردو (Urdu): محتاجی
کی لت)
|
..
..
| Banyak
orang menyangka bahawa pembangunan bermaksud perkembangan secara kuantitatif,
sebaliknya ia adalah ciri utama perubahan secara kualitatif. |
.
|
Untuk membangun
ialah untuk membesar dan membesar bermaksud menjadi semakin besar. Ia juga
bermaksud menjadi semakin kompleks dan kuat. |
....
| Apabila
sesebuah komuniti itu membangun, ia jadi semakin
kuat dan semakin kompleks. |
.
|
Ia
melalui perubahan sosial. |
....
| Lihat
"Budaya." Seorang pakar ekonomi mungkin
melihat pembangunan sebagai peningkatan dari segi kekayaan dan pendapatan
(mutlak atau per kapita). Manakala seorang jurutera mungkin melihat pembangunan
sebagai peningkatan dari segi kawalan atas tenaga, atau peralatan yang
lebih canggih dan berdaya. |
. |
Bagaimanapun,
sebagai pemobilisasi, itu hanyalah dua daripada enam dimensi budaya komuniti
yang akan berubah. Pembangunan bermakna perubahan sosial dalam enam dimensi
budaya: teknologi (teknikal), ekonomi, politik, interaktif (institusional),
ideologi (nilai) dan pandangan dunia (konseptual). |
.
.
|
(Deutsch:
Entwicklung,
Ελληνικά: ανάπτυξη,
English: development,
Español: desarrollo,
Filipino/Tagalog: kalinangan
, Français: développement,
Galego:
desenvolvemento,
Malay:
pembangunan,
Português: desenvolvimento,
Romãnã: dezvoltare,
Somali: horumarka)
|
.
...
...
|
Komuniti adalah
suatu entiti kebudayaan, maka dimensi-dimensi tersebut turut digunakan
oleh komuniti. Lihat: Dimensi.
|
.
..
...
|
Penyakit ialah
satu daripada lima faktor utama kemiskinan.
|
.
| Adalah
lebih murah, kemanusiaan serta lebih produktif bagi sesebuah masyarakat
atau komuniti untuk mencegah daripada mengubati. Menyalurkan sumber yang
terhad ke arah merawati penyakit lazim yang menyerang kebanyakan penduduk
juga lebih baik daripada menyalurkannya ke arah peralatan canggih dan kemahiran
untuk merawat segelintir orang kaya (punca WHO mempromosi dan menyokong
prinsip-prinsip utama penjagaan kesihatan). |
. |
Mengetahui
hal ini, anda sebagai pemobilisasi boleh mencabar minda komuniti yang telah
pun memikirkan secara ringan tentang pemilihan klinik. Anda mungkin boleh
mengajak mereka melihat logik mengutamakan pemilihan sistem perairan dan
pembersihan yang berkesan bagi mengelakkan penyakit yang berpunca dari
air. |
.
|
(Deutsch:
Krankheit,
Ελληνικά:
αρρώστιες,
English: disease,
Español: enfermedad,
Filipino/Tagalog: sakit,
Français: maladie,
Galego:
enfermidade,
Malay:
penyakit,
Português: doença,
Romãnã: boala,
Somali:
cudur)
|
.
...
| Kurang
sikap jujur dan amanah. |
.
|
Ketidakjujuran
ialah satu daripada lima faktor utama kemiskinan.
|
....
| Datang
dengan pelbagai label termasuk rasuah, penipuan, ugutan dan pencurian.
Ia terjadi apabila kekayaan yang ditujukan untuk pembangunan masyarakat
diagihkan kepada individu yang mengkhianati tanggungjawab sebagai pembantu
masyarakat yang telah diamanahkan kepadanya. |
. |
Kurangnya kepercayaan
boleh menyumbang kepada apati dan kemiskinan. Oleh sebab itu, anda
sebagai pemobilisasi dan pengatur organisasi komuniti mestilah menganjurkan
ketelusan, kejujuran dan keamanahan dalam kumpulan yang anda pimpini. |
.
|
(Deutsch:
korruption,
unehrlichkeit,
Ελληνικά:
διαφθορά,
ανειλικρίνεια,
English: corruption,
dishonesty,
Español:
falta de
honradez, Filipino/Tagalog: di-matapat,
Français: malhonnêteté,
Kiswahili:
rushwa,
Galego:
deshonestidade,
Malay:
ketidakjujuran,
Português:
desonestidade,
Romãnã: necinste,
Somali:
daacaddarro)
|
.
...
| Antara
segala kaedah pembelajaran (membaca, mendengar, melihat), kaedah yang paling
berkesan ialah "melakukan." Lihat Kaedah
Latihan. |
. |
Belajar dengan
melakukan itu meliputi melakukan secara langsung seperti melakukan tugasan
di padang di bawah pengawasan pelatih, ataupun melakukan secara tidak langsung
seperti menyertai sesi main peranan dan permainan simulasi. |
...
| (Deutsch:
handeln,
Ελληνικά:
πρακτικά,
English: doing,
Español: practicando,
Filipino/Tagalog: paggawa,
Français: faire,
Galego:
facer,
Malay:
melakukan,
Português: fazendo,
agir,
faça,
Romãnã: a practica) |
..
.
| Istilah
"gender" digunakan untuk membezakan kategori "maskulin" dan "feminin." |
.
|
Ia tidak patut
dikelirukan dengan istilah jantina" di mana
ianya membezakan antara "lelaki" dan "perempuan." |
....
| Gender
serta terjemahannya tentang apa yang menentukan maskulin dan feminin amat
berbeza dari satu budaya ke satu budaya, dari satu komuniti ke satu komuniti. |
.
|
Apa yang kami
khuatir tentang gender banyak tertumpu kepada bagaimana perbezaan gender
boleh mempengaruhi pengagihan kuasa, hubungan ekonomi dan perbezaan sosial. |
....
| Ianya
adalah pembolehubah penting yang mampu mempengaruhi komuniti dan dasar
tugasan setiap pemobilisasi. |
. |
Seorang pemobilisasi
mesti (sebagai sebahagian daripada syarat pembelajaran tentang komuniti)
faham bahawa nilai, sikap dan konsep dikongsi bersama ahli komuniti. |
...
|
Seorang pemobilisasi
mestilah juga bekerja ke arah mengurangkan ketidakadilan politik dan perbezaan
ekonomi antara gender. Ini adalah suatu unsur penting dalam pemberdayaan
komuniti. Lihat modul latihan di Gender.
Lihat juga: Umur,
Bangsa dan Jantina.
|
.
|
(Deutsch:
gender,
Ελληνικά:
γένος,
English:
gender,
Español:
género,
Filipino/Tagalog:
pangkasarian
o kasarian, Français: genre,
Galego:
xénero,
Kiswahili:
ujinsia,
Malay: gender, Português: género,
Romãnã: gen,
Somali:
Jandar)
|
.
...
.
| Dorongan.
Tidak begitu sama dengan mengorganisasi,
kerana tindakan harus berlaku (penduduk menjadi mobil, bergerak) sebelum
ianya boleh dipanggil mobilisasi. |
. |
Dalam Bahasa
Inggeris, selain "mobilize" ia boleh dieja sebagai "mobilise." Sama dengan
animasi
sosial, kecuali animasi mengandungi kedua-dua memobilisasi dan mengorganisasi.
Lihat "Tindakan." |
...
| (Deutsch:
mobilisieren,
Ελληνικά:
κινητοποιώ,
English:
mobilize,
Español:
movilización,
Filipino/Tagalog: nagbibigay-buhay,
Français: mobilisez,
Galego:
mobilizar,
Malay: memobilisasi, Português: mobilizar,
Romãnã:
a
mobiliza, Somali:
wacyigelinta) |
.
.
| Pemobilisasi
ialah seseorang yang memobilisasi, iaitu menggerakkan sesuatu. Penganimasi
sosial. Pegawai pembangunan komuniti ataupun pembantu. |
. |
Pekerja komuniti.
Aktivis. Penganjur penyertaan komuniti. Lihat: Untuk
Jadi Pemobilisasi. |
...
|
(Deutsch:
mobilisieren,
activist,
Ελληνικά:
κινητοποιητής,
ακτιβιστής,
ζωοδότης,
English:
mobilizer,
activist,
animator,
Español:
activista, Filipino/Tagalog:
pakilusin,
Italiano: attivista,
Kiswahili: ramsisha.
Français: mobilisateur,
Galego:
activista,
Malay:
pemobilisasi,
Português: ativista,
Romãnã: mobilizator)
|
|
|
.
...
| Wang
dan kekayaan bukanlah sesuatu yang sama. Wang adalah simbol kebudayaan
yang mesti dipercayai oleh semua orang untuk menjadikannya berguna. |
. |
Ia boleh digunakan
untuk mengukur kekayaan, satu cara untuk memindahkan serta menyimpan kekayaan.
(Lihat "kekayaan," dan Prinsip-prinsip
Kekayaan). |
...
.
| (Deutsch:
geld,
Ελληνικά:
χρήμα,
English:
money,
Español:
dinero,
Filipino/Tagalog:
pera,
Français:
argent,
Galego:
diñeiro,
Malay:
wang,
Português: dinheiro,
Romãnã: bani,
Somali:
lacag) |
..
|
Bagaimana anda
membesarkan cendawan? Anda "menyimpannya di dalam gelap dan memberinya
baja lembu."
|
.
| Ini
adalah slanga yang berlawanan maksudnya dengan ketelusan. |
. |
Biasanya rangkai
kata yang lebih kasar digunakan untuk najis lembu jantan, berbanding "baja
lembu". |
.
|
(Deutsch:
pilzaufzucht,
Ελληνικά:
συμπεριφορά
μανιταριών, English:
mushroom
treatment, Español: setas,
cultivo
de setas, Filipino/Tagalog: tratong
kabuti, Français: champignon,
traitement
de champignon, Galego: o
cultivo do champiñón, Malay:
pengendalian
cendawan, Português:
tratamento
de cogumelo, Romãnã: "cultivarea"
ciupercilor)
|
.
....
| Kemiskinan
tidak terhad kepada kekurangan dari segi kewangan dan pendapatan serta
kemudahan dan perkhidmatan seperti air, jalanraya, pendidikan dan klinik.
Ia adalah hasil daripada “kemiskinan semangat” iaitu sikap berputus
asa, tidak tahu-menahu tentang sumber yang ada, bergantung pada orang lain,
kurang keyakinan, hilang semangat, kurang kemahiran, kurang kejujuran dan
kurang organisasi yang bertahan dan berkesan. Secara ringkasnya,
kurang pengurusan yang baik. Lihat Faktor-faktor
Kemiskinan. |
. |
Kemiskinan
ialah masalah sosial, dan perlu penyelesaian sosial. Kemiskinan bukanlah
hanya kurang dari segi pendapatan daripada kelompok individu. Kemiskinan
boleh dikurangkan dengan mengatur dan memimpin orang miskin ke arah membantu
diri mereka sendiri dan menjadi semakin kuat (pemberdayaan)
hasil daripada perit jerih dan menghadapi cabaran. Oleh itu, penghapusan
kemiskinan memerlukan peningkatan berterusan dalam pengurusan. |
.
| (Deutsch:
Armut,
Ελληνικά: φτώχεια,
English:
poverty,
Español:
pobreza,
Filipino/Tagalog:
Kahirapan,
Français:
pauvreté,
Galego:
pobreza,
Malay:
kemiskinan,
Português:
pobreza,
Romãnã: saracie,
Somali:
faqri) |
.
...
| Istilah
“peringanan,” bermakna mengurangkan kesakitan dan beban buat sementara
waktu. Memberi wang kepada orang miskin tidak akan menyelesaikan
kemiskinan. |
. |
Sebagai pemobilisasi
yang berdedikasi dalam melawan penyebab dan bukanlah gejala kemiskinan,
kami mengelakkan kaedah ini (hanya meringankan dengan memindahkan wang). |
...
|
(Deutsch:
Armutslinderung,
Ελληνικά: κατευνασμός
της φτώχειας, English: poverty
alleviation, Español: alivio
de la pobreza, Filipino/Tagalog: pagpapawi
sa kahirapan, Français: allégement
de pauvreté, Italiano:
alleviare
la povertà, Galego: alivio
da pobreza, Malay:
peringanan
kemiskinan, Português:
alívio
de pobreza, Romãnã: alinarea
saraciei, Somali:
yareynta
faqriga)
|
.
...
| Sebagai
pemobilisasi, kita bekerja ke arah menghapuskan masalah sosial kemiskinan
dengan cara menganalisa serta mengambil langkah untuk melawan dan menghapuskan
penyebabnya. Oleh kerana kemiskinan adalah masalah sosial, penyelesaiannya
adalah sosial. |
. |
Dua kaedah
yang melengkapi satu sama lain ke arah penghapusan kemiskinan (berkumpulan
dan persendirian) boleh didapati di dalam dua modul ini: Kitaran
Mobilisasi Komuniti, dan Skim Penghasilan
Pendapatan. |
.
| (Deutsch:
Armutsbeseitigung,
λληνικά:
εξάλειψη
φτώχειας, English:
poverty
eradication, Español: erradicación
de la pobreza, Filipino/Tagalog: pagpuksa
sa kahirapan, Français: extirpation
de pauvreté, Galego: erradicación
da pobreza, Italiano:
alleviare
la povertà, Malay:
penghapusan
kemiskinan, Português:
erradicação
de pobreza, Romãnã: eradicarea
saraciei, Somali:
ciribtirka
faqriga) |
..
...
| Istilah
"pengurangan" bermaksud menjadikan sesuatu itu kurang. Lihat Prinsip-prinsip
Pemberdayaan Komuniti. |
. |
Berbanding
dengan “peringanan” yang hanya merawat buat sementara waktu gejala
kemiskinan,
pengurangan dilihat sebagai jalan yang baik ke arah penghapusan. |
...
. .
| Penjagaan
Kesihatan Utama: |
...
| Konsep
penjagaan kesihatan utama (PHC) yang dipromosikan dan disokong oleh WHO,
adalah pakej polisi dan praktis berkaitan penduduk miskin dan rakyat dari
negara yang berpendapatan rendah. |
. |
Prinsip-prinsip
dalam pakej ini termasuk menitikberatkan bagaimana untuk berbelanja rendah
dalam penjagaan kesihatan untuk penyakit lazim yang menyerang majoriti
penduduk, di samping mengelakkan daripada menggunakan sumber yang terhad
untuk perbelanjaan tinggi dan rawatan canggih (contohnya teknologi tinggi)
yang hanya memanfaatkan mereka yang kaya. |
...
| Ia
juga mengiktiraf bahawa mencegah lebih murah daripada mengubati serta mengurangkan
kematian (kadar kematian) dan kesakitan (kadar kesakitan) yang membebankan
ekonomi, di samping lebih kemanusiaan. |
.. |
Konsep ini
mengandungi idea bahawa kebanyakan orang yang mampu sampai ke kawasan terpencil
boleh dilatih dengan kemahiran perubatan peringkat rendah dan mereka boleh
merujuk kepada profesional terlatih di kawasan bandar untuk kes-kes yang
lebih sukar. |
...
| Idea
PHC penting bagi pemobilisasi di negara miskin kerana ia perlu difahami
oleh semua orang. Ia merupakan cara yang lebih berkesan dalam memperuntukkan
sumber yang terhad. |
... |
Prinsip-prinsip
di sebalik PHC juga boleh digunakan dalam aktiviti-aktiviti berasaskan
komuniti seperti kerja sosial berasaskan komuniti. Lihat akronim PHC. |
...
|
(Deutsch:
Primäre
Gesundheitsversorgung, Ελληνικά:
θεμελιώδης
ιατρική φροντίδα, English:
primary
health care, Español:
atención
sanitaria primaria, Filipino/Tagalog: pangunahing
kalingang pangkalusugan, Français: santé
primaire, Galego: atención
sanitaria primaria, Italiano:
assistenza
sanitaria primaria, Malay: penjagaan kesihatan
utama, Português: cuidado
médico primário, Romãnã: ingrijirea
medicala primara)
|
..
...
| Animasi
sosial bermaksud menambahkan sedikit kehidupan ("anima") ke dalam institusi
sosial seperti komuniti. |
. |
Selalunya dipanggil
"Animasi" (jangan dikelirukan dengan membuat animasi kartun untuk wayang).
Lihat Animasi. |
..
..
...
...
| (Deutsch:
Empowerment,
die
stärkung,
Stärken,
Ελληνικά:
ανάπτυξη
δυνατοτήτων, ενδυνάμωση,
δύναμη, ισχυροποίηση,
English:
capacity
development,
empowerment, power, strengthening,
Español: potenciación,
Filipino/Tagalog: pagpapalakas,
Français: empowerment,
Galego:
fortalecemento,
हिन्दी
(Hindi): षमता विकास अधिकारिकरण,
Italiano: empowerment,
Kiswahili:kujengea
uwezo, Malay: menguatkan, Português:
desenvolvimento
de capacidade, fortalecendo,
Romãnã: dezvoltarea
capacitatii, intarire,
Pyccкий: Рaзвити,
Somali: xoojinta) |
––»«––
|