Penterjemahan:
English
Español
Français
Hindi
Português
Romãnã
Format
Lain:
Teks
Laman lain:
Isi
Kandungan:
Isi
Kandungan:
|
PEMERAHAN
OTAK; PROSES
DAN PROSEDUR
Diterjemahkan oleh Grace Tam
Garis
Panduan Kaedah
Satu
teknik latihan pengupayaan komuniti
Garis
panduan ini akan membantu anda memimpin kumpulan untuk membuat keputusan secara konsensus.
Teknik ini boleh digunakan di mesyuarat komuniti, dalam mesyuarat eksekutif organisasi
berasaskan komuniti, di kalangan pengurus organisasi bukan kerajaan (NGO), di kementerian
kerajaan atau di mesyuarat pengurusan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),
untuk antara lima hingga dua ratus orang peserta.
Untuk
mengendalikan sesi, anda memerlukan kualiti kepimpinan yang baik dan perlu tegas
dalam memastikan format dan peraturan sesi dipatuhi (contohnya tidak berlaku kritikan
atau balas kata). Anda juga perlu memastikan keputusan yang dicapai adalah keputusan
kumpulan dan bukannya ditentukan oleh anda. Anda memudah cara pembuatan keputusan
berkumpulan yang kreatif.
Tujuan
Pemerahan Otak:
Tujuan
sesi pemerahan otak ialah untuk sesuatu kumpulan bekerja secara berkumpulan untuk
mentakrifkan masalah dan menentukan pelan tindakan yang terbaik untuk menyelesaikan
masalah ini, melalui campur tangan penglibatan.
Keperluan:
- Satu
masalah untuk diselesaikan;
- Satu
kumpulan yang berpotensi untuk bekerja sebagai satu pasukan. Kumpulan ini boleh merupakan
sekumpulan kecil pasukan pengurusan atau operasi yang terdiri daripada lima hingga
sepuluh orang (contoh: jurulatih, pekerja lapangan, kesatuan sekerja), atau sehingga
kumpulan besar seperti mesyuarat kampung untuk beberapa ratus orang.
- Papan
catatan, kertas tulisan yang besar (contohnya kertas mahjong) yang mudah dilihat
oleh semua, dan beberapa pen marker yang besar; serta
- Seorang
fasilitator (anda). Tugasnya adalah untuk menggalakkan peserta mengemukakan pandangan
dan bukannya mempengaruhi dengan pandangan sendiri, dan pada masa yang sama, menggunakan
kemahiran kepimpinan untuk mengekalkan peraturan dan tujuan sesi ini.
Peraturan:
- Fasilitator
memimpin setiap sesi;
- Fasilitator
meminta pandangan daripada peserta;
- Tidak
dibenarkan mengkritik pandangan orang lain; dan
- Semua
cadangan direkodkan di papan catatan (termasuk yang tidak masuk akal).
Prosedur:
- Mentakrifkan
masalah:
- Meminta
pandangan untuk menentukan masalah yang paling penting;
- Tidak
dibenarkan mengkritik pandangan orang lain;
- Semua
cadangan direkodkan di papan catatan;
- Kumpulkan
masalah yang sama atau berkaitan; dan kemudiannya
- Susunkan
masalah tersebut dan senaraikan mengikut keutamaan (yang paling penting di atas).
- Menjana
Matlamat:
- Terbalikkan
definisi masalah (itu merupakan penyelesaiannya);
- Penyelesaian
kepada masalah yang didefinisikan itu ialah matlamat;
- Takrifkan
matlamat itu sebagai penyelesaian kepada masalah berkenaan;
- Catatkan
matlamat di papan catatan; dan
- Ingatkan
kumpulan bahawa matlamat itu ialah matlamat yang dipilih oleh mereka sendiri.
- Takrifkan
Objektif:
-
- Terangkan
perbezaan antara matlamat dan objektif;
- Fasilitator
perlu mengetahui ini: (Lihat SMART;
objektif ialah sesuatu yang boleh diukur, terhad, dan mempunyai tarikh akhir).
- Minta
kumpulan mencadangkan objektif;
- Catatkan
semua objektif yang dicatatkan di papan catatan;
- Tidak
dibenarkan mengkritik pandangan orang lain;
- Kumpulkan
objektif yang sama atau berkaitan;
- Susun
semula objektif itu dan senaraikan mengikut keutamaan (yang paling penting di atas);
dan
- Ingatkan
kumpulan bahawa objektif utama adalah dijana oleh mereka sendiri.
- Kenal
pasti sumber dan halangan:
- Minta
kumpulan mencadangkan sumber dan halangan;
- Catatkan
semua sumber dan halangan yang dicadangkan di papan catatan;
- Tidak
dibenarkan mengkritik pandangan orang lain;
- Kumpulkan
sumber yang sama atau berkaitan.
- Susun
semula sumber itu dan senaraikan mengikut keutamaan (yang paling penting di atas).
- Ingatkan
kumpulan bahawa senarai itu dihasilkan oleh mereka sendiri dan bukannya anda;
- Kumpulkan
halangan yang sama atau berkaitan.
- Susun
semula halangan itu dan senaraikan mengikut keutamaan (yang paling penting di atas);
dan
- Ingatkan
kumpulan bahawa susunan senarai ini adalah dihasilkan oleh mereka sendiri.
- Kenal
pasti strategi:
- Minta
kumpulan mencadangkan strategi;
- Catatkan
semua strategi yang dicadangkan di papan catatan;
- Tidak
dibenarkan mengkritik pandangan orang lain;
- Kumpulkan
strategi yang sama atau berkaitan;
- Susun
semula strategi ini dan senaraikan mengikut keutamaan (yang paling penting di atas);
- Ingatkan
kumpulan bahawa senarai ini dihasilkan oleh mereka sendiri.
- Pilih
strategi yang berada di paling atas senarai itu.
- Buat
kesimpulan keputusan kumpulan di papan catatan:
- masalah;
- matlamat;
- objektif;
- sumber;
- halangan;
dan
- strategi;
Maklumkan
kumpulan bahawa mereka telah menghasilkan satu Pelan Tindakan. Sekiranya seseorang
mencatatkan semua keputusan yang telah dicapai dalam kategori di atas, mereka akan
mempunyai intipati satu dokumen perancangan yang standard. Beritahu mereka bahawa
ini dihasilkan oleh mereka sebagai satu pasukan dan pelan itu adalah "milik"
mereka.
Kesimpulan:
Ini
adalah mudah. Tetapi tidak bermakna ini amat senang. Proses ini boleh diperbaiki
melalui latihan. Anda boleh mempelbagaikan kaedah untuk fasa yang berlainan, dengan
menggunakan main peranan, permainan berkumpulan dan teknik kerja kumpulan yang lain.
Cuba cara yang berlainan.
Semoga
berjaya!
--»«--
Keputusan
dalam contoh ini adalah berasaskan empat
soalan utama pengurusan.
Digunakan bersama, jawapan kepada soalan-soalan ini membentuk intipati reka
bentuk projek.
Sebagai alternatif, satu sesi analisis
SWOT mungkin
berguna untuk kumpulan yang lebih besar.
Satu
sesi Pemerahan Otak:
Hakcipta
Terpelihara: Phil Bartle
Pengemaskinian Terkini: 2009.02.15
|