Laman Utama
Langkah-langkah Persediaan



Terjemahan:

Bulgarian
Cebuano
Chinese
Deutsch
English
Español
Ewe
Filipino
Français
Galego
Greek
Gujarati
Hindi
Italia
Swahili
Português
Punjabi
Russian
Somali
Urdu

Format lain:

Teks
Power Point

Laman Lain:

Modul

Peta Laman

Kata Kunci

Hubungi

Dokumen Berguna

Pautan Berguna

KETAHUI KONSEP-KONSEP DASAR

Prinsip dan Pertimbangan Di Sebalik Kemahiran

oleh Phil Bartle, PhD

diterjemah oleh Ezlyna


Nota Latihan

Konsep dan prinsip yang mesti difahami oleh seorang pemobilisasi

Apa itu pembangunan? Pembangunan komuniti?

Penyertaan komuniti? Kemiskinan? Komuniti?

Pemberdayaan? Ketelusan? Kesinambungan?

Perkataan-perkataan ini ada dibincangkan di "Kata Kunci.")

Untuk menjadi seorang pemobilisasi yang berjaya, anda memerlukan lebih daripada kemahiran berdialog serta kebolehan untuk mengorganisasikan kumpulan dalam mengambil tindakan. Anda perlu tahu mengapa anda menggunakan kemahiran-kemahiran tersebut. Anda perlu tahu tentang prinsip.

Jika sasaran anda adalah komuniti, anda perlu tahu beberapa konsep sosiologi tentang sifat dasar komuniti dan sifat dasar perubahan sosial dalam komuniti (termasuk pembangunan).

Ini bermakna anda perlu sedikit pemahaman tentang organisasi sosial, perkara-perkara berkenaan sosiologi, antropologi, ekonomi, politik serta daya dan proses yang berkait dengan bidang-bidang tersebut. (Lihat "Budaya.")

Pada masa sekarang anda tidak perlu memiliki ijazah, tetapi anda patut mengajar diri anda tentang prinsip dan pengetahuan berkenaan bidang-bidang tersebut.

Jika anda mahu menguatkan (memberdayakan) komuniti berpendapatan kecil, anda mesti mengenali musuhnya, iaitu sindrom kebergantungn. (Lihat: "Kebergantungan"). Jika matlamat anda adalah mengusir atau menghapuskan kemiskinan, anda perlu fahami lebih, bukan setakat gejala dan akibat kemiskinan.

Anda perlu juga memahami penyebab kemiskinan bagi menyokong dan mendorong perubahan yang mampu menghalang penyebab-penyebab berkenaan.

Anda mesti ingat bahawa peringanan kemiskinan hanyalah mengurangkan kepahitannya buat sementara waktu, tetapi tidak menyumbang dalam penghapusan kemiskinan.

Kemiskinan bukan hanya berkaitan dengan wang, dan wang sahaja tidak mampu menghapuskan kemiskinan. (Lihat "Prinsip-prinsip Dalam Mengurangkan Kemiskinan").

Jika anda lihat dalam "Kata Kunci," anda akan menemui senarai konsep-konsep dasar bagi pekerja komuniti yang agak komprehensif.

Anda tidak akan menemui istilah kamus untuk setiap satunya; sebaliknya anda akan menemui nota-nota berkenaan matlamat buku panduan ini: bagaimana menjadi seorang pemobilisasi.

Modul seterusnya, Prinsip-prinsip Pemberdayaan Komuniti, menunjukkan dengan lebih terperinci prinsip-prinsip di sebalik kaedah dan kemahiran yang boleh anda perolehi daripada laman ini.

Jangan hafal nota ini. Fikirlah tentang setiap konsep. Tulislah tentangnya dalam jurnal anda.

Bincanglah tentangnya dengan rakan sekerja anda di mesyuarat, persidangan mahupun bengkel. Semasa waktu rehat atau selepas bekerja dengan rakan-rakan, curilah sedikit masa daripada perbincangan tentang mata bola sepak untuk berbincang tentang satu atau dua daripada konsep-konsep tersebut.

Cuba mempelajari "kesemuanya sekali" adalah sama seperti cuba untuk makan "kesemuanya sekali."

Pembelajaran, sebagaimana pembangunan komuniti, tidak patut tamat. Apabila anda berhenti belajar, anda seolah-olah mati.

––»«––

Kemaskini terakhir: 2009.01.21


 Laman Utama
Langkah-langkah Persediaan