Terjemahan:ArabicBulgarianCebuanoChineseDeutschEnglishEspañolFilipinoFrançaisGalegoHindiItaliaSwahiliPortuguêsPunjabiRussianSomaliUrduFormat lain:TeksPower PointLaman Lain:ModulPeta LamanKata KunciHubungiDokumen BergunaPautan Berguna |
SUMBER-SUMBER LUARANMengimbangi Sumber-sumber Dalaman dan Luaranoleh Phil Bartle, PhDditerjemah oleh EzlynaNota LatihanBerapa banyakkah sumber yang datang dari luar komuniti itu boleh menyebabkannya bergantung kepada bantuan luar serta hilang kebolehan untuk berdikari?Sebagai pemobilisasi, anda akan sedar betapa sukar untuk menemui keseimbangan antara sumber luaran dengan sumber yang datang dari dalam komuniti itu sendiri. Anda dan jawatankuasa komuniti akan berasa agak tertekan untuk membawa sumber luaran masuk ke dalam komuniti tersebut. Agensi penderma mahu membantu, sementara ahli komuniti mahu menerima. Bagaimanapun, anda tahu bahawa membawa masuk sumber luaran boleh menyumbang kepada sindrom kebergantungan serta mengurangkan peluang untuk menjaga kesinambungan dan berdikari. Meskipun begitu, masih ada cara untuk memaksimumkan kebolehan dengan menggunakan sumber luaran seperti mana yang tersebut dalam kisah Nabi Muhammad (s.a.w) dengan seutas tali. (Lihat Mari Bercerita). Jika anda mampu meyakinkan penderma luar untuk menyediakan sedikit kos bagi latihan kemahiran, latihan pengurusan dan mobilisasi, serta membantu komuniti berkenaan mendapatkan sumber untuk pembinaan mereka dengan sendiri, anda mampu menyumbang kepada kebolehan komuniti untuk berdikari dan menjaga kesinambungan. Jika Nabi Muhammad (s.a.w) telah hanya memberikan makanan kepada peminta sedekah itu, baginda umpama hanya melatih peminda sedekah itu menjadi seorang peminta sedekah. Sebaliknya, dengan memberi nasihat dan modal, baginda telah membantu peminta sedekah itu untuk jadi berdikari. Situs ini membantu anda mendapatkan sumber luaran melalui Cadangan, dan membantu anda menyediakan cadangan yang berkesan. Sebagaimana alatan lain yang berdaya (contoh: api), sebarang kemahiran tidak patut disalahgunakan, dan boleh menyebabkan kemiskinan dalam jangka panjang. Gunakannya sebaik mungkin supaya yang benar itu akan berkekalan. ––»«––Hakcipta: Phil BartleKemaskini terakhir: 2009.01.21 |
Laman Utama |
Langkah-langkah Persediaan |