Laman Utama
Langkah-langkah Persediaan

Terjemahan:

Arabic
Bulgarian
Catal
Cebuano
Chinese
Deut
English
Español
Filipino
Français
Galego
Greek
Hindi
Italia
Swahili
Português
Polski
Romãnã
Russian
Sindhi
Somali
Urdu

Format Lain:

Teks
Power Point

Laman Lain:

Modul

Peta Laman

Kata Kunci

Hubungi

Dokumen Berguna

Pautan Berguna

KENALI KOMUNITI SASARAN ANDA

Siapa Yang Akan Beruntung Atas Tindakan Anda?

oleh Phil Bartle, PhD

diterjemah oleh Ezlyna


Nota Latihan

Seorang penyelidik sosial dan penganalisis,  sebagaimana seorang pembuat tembikar yang baik mesti tahu ciri-ciri tanah liatnya

Peribahasa lain yang kami gunakan dalam pembangunan komuniti ialah, "Seorang pembuat pembikar yang baik kenal tanah liatnya."  Tanah liat bagaikan komuniti.  Anda mahu membentuk dan membangunkannya menjadi sesuatu yang kukuh.

Untuk melakukannya, anda mesti tahu banyak tentang komuniti (dan tentang sifat dasar komuniti secara umum). Anda mesti tahu sebanyak mungkin tentang organisasi sosial, ekonomi, bahasa, pelan (peta), masalah, politik,dan ekologi.

Penyelidikan anda tidak sepatutnya terhad kepada menyenaraikan fakta-fakta yang tidak berkait; anda perlu menganalisis untuk memahami sifat dasar komuniti sebagai suatu sistem sosial. (Lihat Apa itu Komuniti? dan Kajian Sosial).

Fikirlah tentang bagaimana unsur-unsur yang berlainan boleh berkait.

Cara yang baik untuk memulakannya ialah dengan membuat peta. Di mana penduduk tinggal? Apakah kemudahan-kemudahan yang terdapat di dalam komuniti itu?  (contoh: jalanraya, lorong, bekalan air, klinik, sekolah, kebersihan, pasar serta kemudahan dan perkhidmatan lain).

Seterusnya, apabila anda memimpin ahli komuniti melalui penilaian situasi komuniti itu (sumber, kehendak, peluang, masalah); anda akan mengarahkan mereka membuat peta komuniti. Oleh itu, membuat satu peta dari sekarang boleh membantu anda bersedia untuk aktiviti akan datang.

Catat nota-nota anda ke dalam jurnal. Lakukan pemerhatian terhadap komuniti: Organisasi sosial, ekonomi, bahasa, politik, nilai-nilai yang dikongsi, tradisi, dan perhubungan komuniti dengan alam sekitar (ekologi).

Teruskan menganalisis bagaimana unsur-unsur yang berlainan itu berkait antara satu sama lain.

––»«––


Kemaskini terakhir: 2009.01.21


 Laman Utama
Langkah-langkah Persediaan