Laman Utama


Terjemahan:

Arabic
Bahasa Indonesia
Bulgarian
Bulgarian
Deutsch
English
Español
Filipino
Français
Galego
Greek
Hindi
Italiano
Japanese
Kiswahili
Português
Romãnã
Russian
Thai
Urdu

Format lain

Teks
Power Point

Laman Lain:

Modul

Peta Laman

Kata Kunci

Hubungi

Dokumen Berguna

Pautan Berguna


THIS PAGE HAS BEEN MOVED
If you are not redirected to its new location in a few seconds, please click here
DON'T FORGET TO UPDATE YOUR BOOKMARKS!

Mulakan

Menyediakan Komuniti untuk Tindakan

oleh Phil Bartle, PhD

diterjemahkan oleh Yoon

Modul Pengenalan (Hub)

Dokumen yang terkandung dalam Modul Mulakan ini

Tindakan pertama anda sebelum komuniti bertindak

Dalam modul sebelumnya, anda telah dimaklumkan tentang perkara yang anda perlu (sebagai seorang penggerak) lakukan, dan belajar untuk menyediakan diri anda. Dalam modul ini, anda akan membaca tentang cara untuk memulakan diri anda.

Anda tidak melibatkan komuniti dalam tindakan sehinggalah anda mengambil tindakan untuk menyediakan tindakan tersebut. Fasa memulakan anda ialah fasa komuniti membuat persediaan.

Sesetengah penggerak melihat pihak berkuasa sebagai "musuh" atau "pembangkang", dan melihat tugas mereka mengorganisasi komuniti yang miskin sebagai satu cara untuk menentang penindas.

Pendekatan ini mungkin berguna dalam sesetengah situasi, dan lazimnya dilihat sebagai " penglibatan sivik" lebih daripada "penglibatan komuniti".

Kaedah dalam modul ini (dibangunkan di Afrika) melihat bagaimana membawa pihak berkuasa untuk berada di sisi anda adalah lebih baik dalam pengekalan satu polisi dan program membasmi kemiskinan di peringkat kebangsaan.

Selepas meningkatkan kesedaran di kalangan pihak berkuasa, dan mendapatkan kebenaran yang diperlukan untuk melaksanakan tugas anda, tugas anda yang seterusnya ialah meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti-komuniti yang menjadi sasaran.

Meningkatkan kesedaran di kalangan pihak berkuasa bermakna (1) menerangkan matlamat anda dan (2) kaedah, dan (3) menyakinkan mereka bahawa mereka akan mendapat manfaat daripada kejayaan anda.

Ingat bahawa anda akan mendapat tentangan perubahan sosial, dan lazimnya dari mereka yang mempunyai kepentingan diri.

Selepas anda mendapat kebenaran untuk menjalankan kerja anda, komuniti perlulah mula bersedia meningkatkan kesedaran, memperbaiki perpaduan, memberi maklumat yang tepat, serta telah memilih tindakan yang perlu diutamakan.

Meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti-komuniti yang menjadi sasaran bermakna menerangkan matlamat dan kaedah anda, dan juga bermakna mengambil langkah positif untuk menggelakkan kewujudan harapan yang tidak realistik.

Anda perlu memberi perhatian dalam memastikan maklumat dan interpretasi yang tepat.

Modul ini memberitahu anda cara untuk memulakannya.

––»«––

Dikemaskini: 2009.02.27

 Laman utama